nak join? klik banner ni yer

Tuesday, September 13, 2011

@ Majlis Pertunangan Acu- June 2011

Entry yang lama terperam kat draf, yang baru ku perasan, yang aku belum ku publish lagi..hihihi ya ampunnn..

Majlis pertunangan adik abah  yang no.2, yang kami panggil Acu pada 19 June lepas. Majlis ini berlangsung di rumah kami di Bertam, alhamdulillah semua selamat dan berjalan lancar seperti yang dirancang.

Jom kita tengok gambar2 yang majlis ni, aku lah poyografer bidan terjun hari tu. Main hentam je lah snap. Jom tengok jommmm..
Ni lah Acu, Dalila. "Selamat Bertunang Acu"

Time majlis belum bermula, sempat bergambar dengan kakak2 nya dan juga kakak ipar (akulah tu)

bersama 3 orang anak saudara Acu, awat Dalila wat muncung gitu tu?

cincin pertunangan telah tersarung dijari, tanda diri telah di booking' ngi ..chewah..berpantung lah pulak :P

Yey! Acu dah dapat cincin.. korang ade ke? :p

Insayaalllah, kalau tak ada apa-apa aral, majlis perlahwinan mereka akan berlangsung Nov tahun ini. Selamat menempuh alam pertungan yer Acu....


Friday, September 9, 2011

@ Entry selepas raya...dan beli barang serba PINK.

Assalamualikum semua..
masih dalam mood raya ke? saya dah tak de rasa lagi. mood nak bercuti lagi tu adelah..hihihi. Saya super buzy giler sejak masuk kerja Isnin lepas, bertimbun2 kerja di opis dan bertimbun-timbun baju2 kat rumah yang nanti di basuh dan di lipat. Sampai tak sempat nak update blog and cerita raya. Waaa.. nak kena jadi supermak juga lah ni...zasssss..

Raya tahun ni tak berapa best, sebab mak ikut abang dan kakak ipar sekeluarga ke kelantan, beraya dan jalan2 kat sana. Diorang pergi sejak hari Isnin sampai Khamis, Khamis sampai Jumaat pulak diorang pergi beraya di Songkla dan Yala, beraya kat umah sedara kat sana. So kat umah kampung Kedah hanya ada ayah dan kami sekeluarga saja. Adik beradik lain semua beraya di sebelah mertua masing2.

Kami pulak dah bertolak balik ke Penang pada hari Jumaat, Abah kena hantar adik bongsunya ke Universiti Malaysia Pahang esoknya, awal pagi Sabtu. So saya dan tinggal berdua sajalah dengan Dalila hari Sabtu dan Ahad tu. Boring..then ajak Dalila kuar shopping, kekonon mulanya tu nak beli berus gigi Dalila saja, last2 saya terbelikan ini.... 


laptop pertama Dalila- pink gitu


Dan secara tak sengaja pulak terjumpa baju gown pink... Dalila dok cakap baju princess, baju princess.. Saya berkenan lebih2 lagi tengok ada less 70% pulak..terus ambik kasi Dalila try. Nak tengok? boleh pakai masa kenduri Acu, Dalila diminta jadi flower girl time kenduri kawen Acu nanti. huhuhu.

muat-muat sedang molek saiz ni dengan Dalila (saiz 110)

baju flower girl..tinggal nal cari kasut dan aksesori yang sesuai je lagi pas ni.


Ok tak? Time raya aritu, sempat saya berjumpa dengan 2 family bloggers. Nanti kat next entry saya cerita okey.




Friday, September 2, 2011

@ e-kad Raya 2011 daripada Ibu Arifa, sila ambik yer..

*******ENTRY STICKEY MODE until 2hb Sept 2011*******

Saya mewakili keluarga saya nak ambik kesempatan disini nak ucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN

kepada SEMUA yang kawan-kawan lama dan kenalan baru saya, sama ada diluar sana mahupun di alam maya. Ampun dan maaf saya pinta sekiranya ada terkasar/tersingging/terkurang di mana-mana sepanjang perkenalan kita ini.

Bagi kenalan di alam maya, saya sediakan khas e-kad raya untuk anda. Sila ambik yer, jangan segan2 yer. Yang 1st time singgah blog ni pun, saya nak kasi kat korang jugak. Jangan nak ngelat tau..sila ambik e-kad ini sebagai tanda persahabatan kita.















selamat bercuti dan selamat hari raya semua.....


p/s: kad tahun ni, tak sempat nak suruh Dalila pose dengan baju kurung raya, sebab saya dah sorokkan baju tu, kang dah pakai susah nak suruh dia buka balik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...