Alhamdulillah..akhirnya berjaya juga Ibu
lulus kesemua ujian memandu kelmarin. W/pun terasa amat takut/seram sekali hendak menantikan nombor giliran dipanggil apatah lagi ketika sedang melakukannya..huh..Allah saja yang tahu..
Sungguh ramai manusia yg nak 'test' hari tu.. rasa mcm tak cukup oksigen jer nak bernafas, w/pun berada dalam ruang terbuka..Nama Ibu kelmarin tersenarai dalam kumpulan sesi ke-2...so, oleh kerana jam 8.30pg dah ada kat sana, Ibu menjadi pemerhati bagi rakan2 yg lain. Pergh..ramai yg fail gak hari tu, ada yg kena turun dari kereta apabila dah berada diatas 'bukit', ada yg kena keluar dari kereta bila side parking tak menjadi...semuanya kita akan lihat bila no giliran kita adalah yg ke 106.
Ibu kelmarin kena buat 'test' yang kat litar dlm tu dahulu, mujur ada beberapa orang 'kenalan express'-(perempuan tau) yg sama group yg mau diajak berbual.... kurang lah sikit keserabutan di dalam dada nih.. lebih kurang jam 11pg lebih..sampai lah giliran Ibu..rasa mcm mimpi yer leh buat semua2 tu..tak percaya + seronok pun ada jugak..alhamdulillah..kurang dah satu beban dalam dada nih.. tinggal satu lagi..'test di jalan raya' pulak..
Cakap pasal test di jalan raya nih..memang sakit hati.. sebab dapat tester JPJ yg GARANG MACAM RIMAU..amboi2... mentang2 lah dia pakai spek mata hitam..apa ingat dia tu hensem ker? ada kena mengena ker dgn spek mata hitam tu..hihihi mula2 masuk kereta Ibu dah kena warning 'bawak kereta laju sikit yer, saya tak suka naik kereta slow2'.. dah baru nak keluar dari sek memandu tu..lalu kawasan perumahan dan kedai2 pulak..tak kan nak bawak laju.. jam pulak dah 12 tgh hari lebih dah..ramai lah org yg keluar nk pergi makan.. tak pe..Ibu sabar lagi..bawak 40kmj rasenyer..baru jer dah keluar (depan KFC USM) dia sound lagi..awak tak paham bahasa melayu ker..saya suruh bawak laju lagi..(bagi yg biasa dgn jalan area USM-TESCO extra tu tau lah kan..jalan situ banyak kereta parking tepi-kereta nak kuar parking-org sibuk lintas jalan.) Ikutkan hati memang terkejut/terkedu jugak kena marah cam tu..tp Ibu teruskan jugak 'fokus ' memandu. Last sekali ayat tester tu 'jangan bagi saya ulang cakap benda yg sama byk kali-saya tak suka' lantak ko lah, suka ker tidak, aku ni bukan hari dok bawak kereta, ni pasal nak ambik lesen ni lah baru aku dapat pegang stering kereta...relex la bro..
Time belajar-cikgu sek memandu tak kasi bawak kereta lebih 40kmj..tp time 'test' ni kena bawa 60-70kmj pulak..dasyat kan..
Mujur mamat a.k.a rimau tu bagi Ibu lulus jugak tau..
Abah..Ibu dah boleh dapat lesen kereta minggu depan..tadi pun Apek kedai menadu dah call suruh hantar lesen motor --- dia nak renew sekali dgn lesen kereta tu nnt. Kena tambah lagi RM365 sbb nak renew 2 tahun sekali gus.

agak2 bila boleh dapat kunci ni yer?