nak join? klik banner ni yer

Tuesday, August 28, 2012

Suka hisap ibu jari

Syaakirah mula tabiat menghisap ibu jari tangan lebih kurang 1-2 minggu sebelum saya mula berkerja. Mula perasan bila dia merengek2 pastu dia masukkan ibu jari dia kedalam mulutnya Nyot..nyot dia hisap jari sendiri sampai tertidur. Dah lena, pandai pulak cabut ibu jari tu dari mulut dia tu.

Mula2 ingat dia lapar sebab hisap jari tu..rupanya tidak, mungkin ini tabiat syaakirah sejak dari dalam rahim ibu lagi kot. Selalu, lepas bagi dia menyusu ke dua-dua belah B, kadang2 sampai dia tertidur...bila angkat letak kat tempat tidur dia, automatik dia masukkan ibu jari tu dalam mulut sambil nyonyot2. Kadang2 time tak tidur pun dia buat perangai ini, baik jer dok diam sambil hisap ibu jari tu. Tak banyak ragam pun, mata terkelip2 tengok orang depan dia.
Risau juga hisap ibu jari tu buat perut dia masuk angin..so kalau rasa dia patut menyusu time tu, saya akan cepat2 bagi susu.
Cute jer tengok dia hisap jari

Yang uniknyer..hanya ibu jari tangan kanan je yang dia suka/reti hisap. Tangan kiri tak pernah nampak lagi.

Dalila dulu, tak de pula tabiat macam ni. Pernah juga kami try bagi puting kosong semasa dalila baby sebab dia suka "bergantung" lepas kenyang menyusu (TERpaksa bg sebab dah tak larat "digantungi") tapi dalila tak pandai hisap puting kosong tu. Hisap..hisap terjatuh je. Syaakirah pula, seboleh-boleh nya nak elak bagi puting kosong. (tak berani nk cakap lebih2, kot-kot TERpaksa bagi juga nanti, malu pulak saya :p)

Setiap anak ada lain-lain tabiatnya masing-masing

Saturday, August 25, 2012

Cerita raya aidil fitri 2012

Alhamdulillah, tahun 2012 ni syok beraya sebab ada ahli keluarga baru, arifa syaakirah. Excitet nk bawa dia kenal2 dengan sanak saudara sambil kutip duit raya :p. Tahun ni abah ajak beraya kat kg saya kat kedah dulu (*jerit yey sambil buat lompat bintang).

Kakak ipar ajak buat dodol dan bakar lemang kt rumah mak pada mlm raya.Besttt.. Riuh kt rumah mak sampai ke tengah malam. Sambil2 tu anak2 sedara sibuk main bunga api dan mercun. Si Dalila pun dah makin berani main bunga api.. Kalau dulu takat berani tengok jer. Abg saya yg kerja kt sempadan bukit kayu hitam lah selalu di pen'sponser mercun & bunga api tiap2 tahun. Satu gundi besar dia beli. Tq pakcik!! kata dalila.

Raya pertama, beraya sekitar dalam kampung saja. Konvoi 2-3 buah kerata. Raya ke-2, braya ke perlis, area Jelompok-Simpang Empat-tok pulau. Raya ke-3 pagi dah bergerak balik penang. Sambung beraya side Abah pula. Hari Jumaat kasi anak2 rest jap, we all x p beraya mana2. Kasihan tgk diorang tido tak menentu time beraya, tido sekejap2 je. Syaakira yg baru usia nk jejak 3 bulan ni, alhamdulillah x meragam masa dirumah org. Tido jer atas bantal dia tu.

Gambar raya? Nanti saya upload, semua masih dalam kamera.

************ WAZE App**********
Nak citer cikit tentang waze, software ala-ala GPS yg boleh kita download ke handfon kita untuk memudahkan pemanduan.
Kami balik raya ke kedah aritu, bertolak petang sehari sebelum raya, mmg lah jem dengan kereta banyak ya amat..sib baik ipon ada software waze ni, boleh tahu apa yg ada kt depan laluan/jalan kita. Application ni bergantung dgn pengguna waze lain yg tolong update situasi jalan tu. Contohnya, ada eksiden ker, jalan2 yg jem ke kat depan nun, leh kita plan jalan alternatif lain. Leh jimat masa dan kita juga boleh bersedia mental dan fizikal bila ada pengguna waze yg lain tolong update situasi jalan berkenaan. Cubalah!!
kalo guna iphone, nk download waze ni free saja. Sharing is caring :)

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya AidilFitri

Assalamualikum semua kawan2..

Saya ingin mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua muslimin muslimat terutamanya kawan2 yang berkunjung di blog ini.

Mohon maaf seandainya ada terkasar bahasa, atau ada cerita2 saya dan keluarga di blog ini mengguris hati anda atau saya tidak sempat berkunjung balas di blog anda semua, harap dapatlah memaafkan saya. Ada pesanan penting or pertanyaan, yg perlu respons pantas, sila email yer.

Tak sempat nak buat e-kad raya, hanya sempat edit gambar guna aipon je tahun ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...