nak join? klik banner ni yer

Tuesday, May 31, 2011

@ 1st time main dengan water color

Cerita lama yang baru nak buat entry. Kalo tengok pada tarikh dlm gambar 30 April 2011.
1st time saya buat aktiviti main dengan water color macam ni. Seminggu sebelum tu dah siap beli dah peralatan untuk sesi ni...kat Mydin, Bukit Jambul.

Ibu yang excitet sebenarnya. Tempat yang dipilih..depan rumah MIL. Tak berani nak buat dalam rumah, risau kotor dan nanti ibunya malas nak cuci. Jom layan kelas seni lukis pertama Dalila.

 ibu ajak saya main watercolor hari ni...yey!!
peralatan yang digunakan

 Ibu cakap saya boleh "free style" hari tu. Terus duduk atas latai.

hasil contengan Dalila dan (sikit2 dari Ibu)

Masa 1st time buat dan letak warna dalam pallet warna tu..Dalila memang teruja. Tak pernah tengok "water color" macam tu kan..dengan kertas lukisan bagai. Hihihi.. Sambil1 tu saya sebutkan lah "ini warna ..." "this is ...." menang sepanjang sesi tu saya pastikan juga Dalila pegang berus dan warnakan sambil dia sebut dan tahu warna apa yang sedang dia gunakan. Sambil2 tu saya lukislah "flower" ,"star" ,"fish" dalam lukisannya tu. Saya perhatikan Dalila suka buat "titik2" dan dia sebut sebagai "hujan/rain" dan lagi satu dia suka buat "oval". Tunggu jugak mana tahu dia nak "conteng" or "comot2" kan kertas lukisan tu...tapi tidak. Berhati2 sungguh saya tengok dia mewarna.
siap guna dua-dua belah tangan lagi tu. (Ini karya Dalila yg ke-2)

Dan akhir sekali lukisan dari "tapak tangan Dalila"

Best..syok betul tengok Dalila enjoy sesi aktiviti ni. Sampai nak suruh "stop" pun dia tak mahu.. hihihi. Ada terconteng juga warna di muka dan rambutnya...tapi tak lah banyak.
warna hijau di muka dan dahinya...hihihi.. comel tak?



Friday, May 27, 2011

@ Main Nombor Ekor- Tak Takut Dosa? Tak Rasa Malu ke?

gambar saya google tau! nak cari nahas kalo snap sendiri

Tak kisah lah korang nak klasifikasikan entry ni dalam klasifikasi apa..luahan perasaan ker.. ibu arifa mengomel ke.. janji saya nak share sikit apa yang saya nampak kelmarin.

Kelmarin, lepas habis kerja..plan nak gi kedai gubahan hantaran yang tak jauh dari tempat kerja (belakang SunShine). Berjalan kaki je... senang. Masa on the way ke kadai gubahan tu, terpaksa melintasi 2 deretan kedai. Kat dalam deretan pertama..ada 2 kedai nombir ekor (satu yang selalunya warna kuning dan slagi satu yang ada gambar kuda warna biru). Agaknya time saya lalu tu memang waktu "puncak" kot (atau every time memang macam ni..saya pun tak pasti) punyalah ramai orang masuk keluar kedai tu..saya pun tergerak hati nak toleh..terlihat wajah2 abang2 dan pakcik2 Melayu kat dalam tu..sama sibuk dengan kaum lain. 

Lalu pula di deretan kedai yang kedua, kat sini kedai nombor ekornya warna merah, (nama kedai seakan-akan panggilan untuk "kain selimut yg tebal tu"). ..pun masih situasi sama...ada orang melayu juga. Sedih saya tengok situasi macam ni. Melayu (Islam) main 'nombor ekor'.. kalo bangsa lain tu tak kisah la..sebab biasanya mereka dah kaya raya..dah banyak duit. Heyyy.. korang tak takut dosa ke? tak rasa malu ker? ke sebab ada rasa malu tu yang ada sampai tak buka helmet masa masuk kedai "tu".. kalo korang menang pun, apa yang korang boleh beli?....duit tak berkat..nak bagi makan anak bini ker? nak kirim kat mak ayah kat kampung ke? Daripada dok "melebur" duit kat kedai macam tu..lagi bagus korang bagi sedekah. satu dua ringgit sudah lah...janji ikhlas. Betul tak?

Saya bukan nak jadi ustazah hari ni, tapi sekadar ingin ingat mengingati sesama saudara. Fikir-fikirkan lah apa akan jadi jika anak2 muda/remaja pun melihat dan mencontohi "tabiat buruk" ini. Atau, perlukah dinantikan/diwujudkan undang2 yang khusus bagi mengatasi perkara in? Hmmm ..saya rasa, apa yang penting.. semuanya mesti datang dari dalam diri kita sendiri. Malu dengan Allah serta malu dengan diri sendiri dan masyarakat.


sekian wasaallam.




maaf jika ada pihak2 yang ter'panas'.


Thursday, May 26, 2011

@ sarapan

(Entry yang sepatutnya saya publishkan pagi kelmarin..tp atas masalah teknikal terpaksa di 'tarik balik'. )


Sarapan fav saya di tempat keje. Set B, RM 2. Roti bakar, sosej, dengan telur 'fully cook'. Sedapp..

alhamdulillah..kenyang!


Esok Jumaat..
sarapan adalah percuma (mee, bihun dan kueteaw goreng)
yey! suka! suka! (tick "Like" ala2 kat FB)


korang pulak, sarapan apa pagi ni?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...