1st time cuba beli dan minum air soya hitam ni. Sedap rupanyer..
selamat mencuba....
Khasiat Kacang Soya Hitam
Semua soya bagus untuk kesihatan jantung, Cuma soya hitam mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tersendiri iaitu dapat meningkatkan daya ingatan dan fikiran . Kenapa ? Kacang soya hitam kaya dengan antosianin , iaitu sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat memperbaiki fungsi otak. Setengah cawan soya hitam mengandungi 8 gram protein dan 7.5 gram serat dan rendah kalori. (sumber: arab-families)
Yang ni pulak dari sumber : unikversiti: Kajian yang dilakukan oleh saintis dari Korea menemui pengambilan kacang soya hitam (Glycine soja) secara teratur akan mencegah risiko trombosis, pembekuan darah yang boleh mengakibatkan kematian. Kacang soya hitam juga mengandungi asam alpha linoleat, jenis asam omega-3 yang mengurangi risiko penyakit jantung.
Kacang soya hitam mempunyai kandungan protein yang bervariasi antara 37-41 %, serta kandungan lemak 11-21 %. Kandungan asam mino glutamate pada kacang soya hitam sedikit lebih tinggi dari pada kacang soya kuning, kerana itu rasa kacang soya hitam lebih gurih di bandingkan kacang soya kuning.
Berdasarkan penelitian yang disampaikan oleh para ahli , kacang soya hitam (Black Soya) memiliki banyak manfaat antara lain untuk menurunkan berat badan, mengurangi kadar kolesterol LDL, melindungi dari diabetes type 2 bahkan sangat berguna untuk wanita.
selamat mencuba....