nak join? klik banner ni yer

Wednesday, November 16, 2011

@ Dia dah pandai nak rahsia-rahsia pulak

Seperti yang selalu orang cakap, anak sulung ni banyak mengajar kita sesuatu pengalaman baru...terutamanya dari segi pe'el anak dan cabaran menjadi seorang ibu muda.
Hihihi..hari ni satu lagi benda baru yang saya belajar/dapat dari anak saya Dalila...dia dah pandai "tak nak kasi beg pack nya di tengok/dicheck oleh kami.

Agak terkejut juga saya dengan perangai Dalila yang baru masuk 3 tahun 2 bulan nih, tak sangka betul budak sebesar ni dah pandai nak berahsia-rahsia. Bila kami mintak nak tengok beg dia tu, boleh pulak dia bawa lari sambil seret beg (yang 2 kali lebih besar dari badan dia) masuk ke bilik nenek dia (my MIL). Siap halang2 kami tak bagi masuk ke bilik nenek dia tu. Apalah yang rahsia sangat tu yer???!!

Beg peck nya tu, selalu di gunakan untuk isi segala keperluannya di rumah pengasuh (baju, pempers dan mainan).  Pagi kelmarin, dia ada mintak DVD Mickey Mouse, dan saya ada bagi dia bawa satu ke rumah pengasuhnya. Malam tadi pulak dia mintak yang lain, katanya yang Mickey Mouse tu hilang (alasan yang paling selalu dia beri..jika dia malas nak cari). So, bila saya nak cari dalam beg, boleh pulak dia "mengelak", tak mahu kasi saya tengok/cari dalam beg dia.

Tapi saya dapat mengagak, apakah "benda" yang dia rahsiakan dalam beg dia tuh..sebab sebelum tu dia ada cakap nak dia nak bawa gula-gula (lebihan gula-gula yang di isi dalam uncang masa majlis kenduri Acu tempoh hari) untuk kawan2nya di rumah pengasuh. Bila dah kena pujuk/slow talk dengan dia, dia serahkan sendiri beg tu kat saya sambil pesan "ibu jangan keluarkan coklat dalam beg tu tau!", "Dalila nak bawa pi rumah Tok Bee"

Dalila..Dalila dah pandai nak rahsia2 dari ibu yer sekarang..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...