nak join? klik banner ni yer

Thursday, April 28, 2011

@ Mandi Air Daun Peria Pantai

Nama pokok ni Peria Pantai, MIL saya ada tanam depan rumahnya. (Ingatkan "peria pantai" ni tumbuh kat tepi-tepi"pantai" jer hihihi). Tinggi pokok  ni lebih kurang 3m, daunnya kalo sekali tengok boleh kata daun pokok bunga kertas...cuma warna dan permukaan daun agak berkilat yang sedikt berbeza. Pucuk Daun ini selalunya dijadikan sebagai ulam-ulaman bagi orang2 melayu. Baik untuk orang darah tinggi dan kencing manis.

Hujung minggu lepas, MIL suruh mandikan Dalila dengan air daun peria pantai ni. Katanya baik untuk kulit, boleh menghilangkan penyakit yang berkaitan dengan kulit. Dalila tak de masalah apa-apa, tapi bila MIL dah kutip daun tu masuk rumah, saya pun "proses" jer lah daun tu sampai menjadi air hijau.
Proses-prosesnya adalah:

urutkan semua ranting..masukkan daun dalam baldi yang berisi air

ramas daun-daun tadi sehingga mengeluarkan buih/lendirnya

Saya tapiskan/buangkan sisa-sisa daun sebelum mandikan Dalila, sebab saya tahu Dalila tak suka kalo ada benda2 melekat di badannya.

mandi air daun ni sebaik-baiknya pada bilasan terakhir mandian..lepas tu boleh terus lap badan dengan tuala. Tak perlu bilas.

Menurut MIL saya, mandi air daun Peria Pantai ni, boleh mengelakkan sebarang penyakit kulit...misalnya gatal-gatal. Dan ini  merupakan kali kedua Dalila mandi air daun. 1st time dulu masa kat kampung saya, hujung tahun lepas. Dia mandi air daun cili/cabai. Seperti biasalah...dia akan cakap "air green..air green" tak pun "air rumput".. hihihi. Jenuh nak pujuk suruh dia mandi air daun ni, dia lagi suka main "air green" ni jer.







Wednesday, April 27, 2011

@ Video Aksi Dalila -2 tahun 6 bulan

Lama jugak rasanya saya tak upload video Dalila kat blog ni kan. Haaa.. bagi aunty dan kawan Dalila yang rindu nak tengok gelagat Dalila sekarang ni.. jom kita kita layan video tu sekarang.

Video ni saya rekod tanpa Dalila sedar, dalam kereka nak ke Komtar..dah dari mula masuk kereta dia dok sibuk nyanyi2..kira-kira... baru teringat nak rekod/videokan. Macam ni lah Dalila kat rumah, tu korang tak tengok dia nari-nari lagi tu..lagi dasyat :P hihihi... Kat rumah pengasuh pun dia macam ni tau. Saya call saje nak cakap dengan pengasuh, memang dengar suara Dalila nyanyi2 cam ni..enjoy jer pun dia kat sana.

video
dia count!..sekarang dah boleh count sampai 20 dah.. yey!

video
nyanyi2 pulak..



Kami ke komtar nak servey kain untuk buat baju raya... Target early May ni mesti dah kena beli kain dah. Nak cari taylor nyer lagi pastu..huhuhu..sape lah nak jd tailor kami tahun ni?


Monday, April 25, 2011

@ Cerita 1 minggu saya bekerja

Hari ini dah masuk minggu ke-2 saya bekerja. Alhamdulillah. Tempat kerja baru best, kawan sekerja pun best, suasana kerja pun best...senang nak cakap..semuanya best lah.
1st day dan 2nd day memang agak mengantuk sikit. Masuk hari ketiga dah dapat laptop sediri, kurang lah sikit boring dan mengantuknyer tu..tp still tak boleh nak buat apa2 kerja lagi sebab kerja saya ni perlu mendapatkan access ker server sistem tertentu..(adalah dalam 3-4 access yang diperlukan)..so bila tak dapat dapat lagi access tu, laptop ada pun just boleh main 'google' dan facebook jer lah. Ada senior dah ajar skop kerja saya yang bakal saya buat, tapi disebabkan access tu tak dapat lagi..tak dapat lagi saya nak hands on 1-2 kerja as latihan permulaan.

Cerita Dalila pula, lagi best..hihihi. 1st day hantar ke pengasuh (saya dan suami hantar) dia okey, balik pun dia okey jer..happy sungguh! Tapi esok (2nd day) paginyer..bila cakap nak hantar ke rumah pengasuh, dia tak mau pulak..menagis2 tak nak pergi. Saya pujuk2, bawa juga ke rumah pengasuh, menagis2 tak mau dok situ. Mujur ada MIL, di pujuk2 then bawa balik rumah dia kejap..dah okey nanti dia hantar semula ke sana. Rumah pengasuh Dalila, dekat jer dengan rumah MIL. Start 2nd day tu sampai sekarang, Dalila tak mau ke rumah pengasuh, melainkan MIL yang hantar dan stay bersama2 dia di sana.

Dirumah pengasuh Dalila tu, dah ada 2 orang (1 baby girl umur 1 tahun, dan seorang lagi cucu pengasuh, umur sebaya Dalila) so Dalila disana kadang2 ada ter'bergaduh (alah..budak2 main..biasalahkan) masa kongsi mainan. Kadang2 mereka 'okey' - mahu share main bersama..kadang2 sifat 'ingin mengawal/memiliki' sesuatu tu pun ada juga. Yang dasyatnyer..Dalila ni akan pukul/cubit cucu pengasuh tu..sampai budak tu menangis. Dengan baby yang umur 1 tahun tu pun Dalila tak "ngam" juga..sebab baby tu selalu nak rampas mainan dari tangan dia..(dari cerita MIL dan pengasuh tu)..so bila baby tu merangkak datang dekat dalila.. dalila lari..pastu bila orang tanya sekarang.."suka baby tak?"..dia akan balas.."tak suka baby"

Hai...harap2 'cepat lah pergi' perangai "tak mahu ke rumah pengasuh" dia tu. Susah hati kami, sebab menyusahkan MIL lama2.

Entry fresh dari opis..so tak de gambar yer kawan2. Harini pun tak dapat nak access apa2 serve lagi :(
oppss..today is my husband birthday! Happy birthday Abah!! semalam tak sempat nak buat entry..ngantuk sangat!



Thursday, April 21, 2011

@ Wanita (Tanah, Air, Api dan Angin)


Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
* Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan.


Korang pulak termasuk dalam unsur mana? 
entry sekadar suka2 saja...kalo tak sama dengan sifat korang jagan marah saya pulak yer..ampun!



Wednesday, April 20, 2011

@ Main dengan payung sampai patah

Ni saya ada ambik gambar Dalila time dia tengah main payung kat rumah MIL. Payung Minnie ni beli kat pasar malam, dah lama beli tapi tak pernah saya keluarkan. So, ni kali pertama dan kali terakhir Dalila bermain dengan payung tu..sebab lepas tu payung tu terus patah kat besi jejari nyer tu. Huhuhu..

seronok dapat main payung Minnie

lagi pose dia dengan payung tu

dok kire Minnie ker tu?





dan yang paling saya tak suka adalah....

bila

dia 

buat 

macam 

ini
-
-
-

dia duduk dalam payung tu



Nak tengok muka Dalila tak puas hati tak?
tak puas hati sebab kena marah
ibu marah
-
-
-
-


ibu marah saya...


yer lah ...ibu marah sebab Dalila duduk dalam payung macam tu, sampai payung tu dah patah. Kan dah tak boleh main dah dengan payung tu..kan dah rosak dah..




Monday, April 18, 2011

@ Saving Kids di Astro (channel 521)

Saving Kids. Sedih dan tersentuh saya bila menonton dokumentari ni. Terasa nak berkongsi cerita ni dengan semua kawan sekalian. Ditayangkan di Astro channel 521.
 Channel 521

Antara kisah yang saya pernah tonton dalam Saving Kids adalah:
1. Seorang baby girl, umur kurang setahun. Ada masalah dengan salur pernafasan, ketika malamnya dia akan berdengkur kuat dan kadang2 dia tdak dapat nyenyak tidur.
2. Seorang kanak-kanak lelaki, terjatuh dari pokok, sampai lumpuh kedua belah kakinya. 

Masa 30 minit tayangan terasa macam tak cukup bagi saya. Kasihan melihat penderitaan anak-anak kecil itu. Melihat kesungguhan para doktor dan ibu bapa merawat dan menjaga insan-insan kecil yang terpilih itu buat saya terharu. Laju saja air mata ini mengalir. Timbul rasa insaf serta mensyukuri kurniaan Allah kepada saya. Alhamdulillah..

Kalau korang berkesempatan nak tengok juga dokumentari ni.. ini ada saya carikan waktu siarannya.




Saturday, April 16, 2011

@ Kad ATM BSN Hilang.


Aduh..entah macam mana boleh TER'hilang pulak kad atm BSN ni..tadi elok jer saya pegang masa nak masuk Giant...ingatkan dah masuk kocek..check2.. tak jumpa pulak.

Balik rumah terus nak call buat report kat BSN. Bukak web side BSN tak dapat2..macam ada problem jer web side BSN tu...tapi mujur boleh dapat cari nombor telefon BSN cawangan Goergtown, call then baru dapat call BSN kat KL tu. Bertingkat2 untuk buat 1 aduan kehilangan kad ni. Aduii..
Haa..ni no untuk buat aduan apa2 berkenaan BSN yer kawan2. Nanti tak de lah korang tercari2 macam saya tadi, dah ler risau dengan berjuta duit dalam akaun tu..(berjuta ler konon..juta rupiah jer :p ) call je no. ni terus.

03-21425258
atau 
03-021425866



Tuesday, April 12, 2011

@ Balik Kampung April 2011

Sabtu lepas 9hb April, kami sempat balik kampung ibu di Changloon, Kedah nun. Lama sungguh tak dapat balik menziarah, rindu sangat2. Alhamdulillah mak dan ayah sihat. Dapat tengok mereka kat depan mata lagi seronok dari bercakap di telefon saja.

Dalila pulak dah makin besar, dah makin pandai dan sifat ingin tahu tu makin bertambah...so memang nampak dia seronok sangat balik kampung kali ni.
Mana tak nya..dapat tengok ayam-ayam bebas berjalan di laman rumah, dapat tengok kambing dan bagi kambing makan. Kat penang mana nak dapat macam ni. Mari kita saksikan gambar2 yang saya sempat snap.

Happy lari-lari kat laman rumah

suka naik buaian ni

mengendap ibu dan anak-anak ayam di bawah pokok bunga

lari-lari sambil panggil Tok Wan dia kat belakang rumah

sembang dengan Tok Wan dan Tok (Tok ada kat sebelah tu tapi selalu malu bila nampak kamera)

ikut Tok Wan pi tengok kambing. Siap nak suapkan buah pisang kat kambing tu lagi..tapi Abah tak kasi- berani betul dia!!






p/s: saiz kasut selipar Dalila (2 tahun 6 bulan): kalo saiz no.25 memang tak boleh beli/pakai dah sekarang.


Monday, April 11, 2011

@ Saya Akan Kembali Berkerja


Alhamdulillah.. Setelah sekian lama dan beribu2 kali apply kerja melalui jobstreets, akhirnya rezeki nak kembali berkerja terbuka semula setelah hampir 2 tahun menjadi surirumah sepenuh masa. 18hb April nanti saya akan mula berkerja dengan company "M" . Sama company dengan my hubby tapi lain2 tempat. Position yang ditawarkan adalah PCM Engineer (belum pasti lagi apa maksud 'PCM' tu hihihi). Katanya lebih kepada penggunaan Oracle. Surat tawan kerja dah saya terima sabtu lepas. Harap2 Allah permudahkan lah segalanya saya di tempat kerja baru saya ini.
Yang bestnya..working hour kat sini flexible, asalkan cukup 8 jam untuk 1 hari dah okey. Bab gaji pun best juga..boleh ler ber shopping untuk diri sendiri termasuk beli SK-II tu dan kirimkan sikit untuk mak ayah di kampung. ALHAMDULILLAH..

Dalila pula kami hantar ke rumah pengasuh yang berhampiran dengan kawasan rumah kami. RM250 sebulan. Kami plan nak hantar dari jam 7.45pagi-6ptg. Makcik tu dah jaga seorang baby girl umur 11 bulan. So Dalila akan bermain dengan baby girl tu  lah nanti kat sana.. boleh biasakan dia kalau-kalau Ibu termasuk 'double line' pulak nnt. Hihihi.
Ini 1st time Dalila di jaga oleh pengasuh. Kalo dulu my MIL yang jaga, masa saya kerja guru sandaran aritu. Harap2 semuanya okeylah. Minggu ni, adalah "minggu orentasi/suaikenal" Dalila dengan makcik pengasuhnya tu.Good luck sayangggg!! saya dah mula tinggalkan 2-3 jam Dalila disana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...