nak join? klik banner ni yer

Saturday, October 30, 2010

@ Thanks TM!! saya dah boleh "hidup" semula..



Salam semua.. saya dah 'kembali' nie.. 
start Khamis malam lepas saya tak boleh connect internet. Saya sangkakan modem streamyx saya rosak. Tak menyala pun lampu pada modem tu bila 'on' kannya. Dah tak boleh berblogging dah 2 malam.. huhu..sedih plus bosan betul bila tak boleh nak blogwalking ni. Target nak join apa2 contest yang due datenya 30hb pun dah tak sempat dah.
Apa yang saya buat bila modem streamyx saya rosak? Jumaat petang, saya call "100" menggunakan talian rumah dan buat aduan kerosakkan. Setelah di selesai saya melaporkan kerosakkan, saya perlu menunggu dalam masa 24jam panggilan dari para technician TM. Sudah lebih 2 tahun pun kami guna modem ni.. sejak Dalila masih dalam perut lagi.. hari-hari mmg kami "on" kan jer pc/modem ni walaupun tak guna.. memang patutlah dia nak rosak pun kan. Ni 1st time "dia" nak buat hal..sabar jer lah..

Masa buat report aritu..risau juga kena bayar untuk dapatkan modem yang baru, risau mahal jer. Tetapi pihak TM bagitau pakej yang kami langgan sekarang ni adalah "lifetime warranty" so sampai bila2 pun free servis. Alhamdulillah..

Tadi petang (Sabtu), ada technician call nak bg adaptor dan modem baru untuk kami try. Alhamdulillah.. dah boleh connest internet!! adaptor jer yang rosak..modem lama masih leh guna lagi..modem yang baru dia bagi tu apa perlu saya buat? bagi balik ker kat pihat TM? hihihi..dah ada yang 'tumbuh tanduk' ker..

TERIMA KASIH TM NET..
TERIMA KASIH ATAS LAYANAN OPERATOR DAN TECHNICIAN YANG MENYELESAIKAN MASALAH SAYA NI.. 
semuanya baik belaka...kita banyak2 tanya pun diorang tak marah. best kan bila dapat servis macam ni :)






photobucket

Wednesday, October 27, 2010

@ Semakin Sikit Rambutku yang Gugur

 Saya terbaca tentang shampoo ni di blog Mel a.k.a IbuMika (kemungkinan blog masih lagi dlm "private" mode lagi). Thanks Mel sebab share kat blogmu tentang shampoo ni.

Biasanya dalam seminggu..2 atau 3 kali saya shampoo rambut...suka shampoo sebab rambut wangi, licin dan ringan jer kat kepala. Tetapi bila syampoo selalunya rambut akan banyak gugur, terutamanya bila kita sikat rambut. Ni dah sikat dalam keadaan rambut kering tau..kalau rambut tengah basah sure..segengam rambut kat sikat tu. Mak aii!!. Tapi bila dan guna shampoo ni..memang puas hati! Alhamdulillah..dekat sebulan juga saya menggunakan syampoo ni, dan hasilnya.. memang semakin sikit jumlah rambut saya yg gugur apabila saya menyikat rambut. Bukan tak de rambut yang gugur langsung yer kawan2 ..ada.. tapi SIKIT je helaiannyer berbanding dengan guna shampoo lain sebelum2 ni. Sebelum ni guna Sunsilk>Dove>

 Masa saya beli aritu, jurujual product ni ala-ala tak berapa nak explain sangat pada saya tentang keberkesanan shampoo ni. Tanya sepatah jawab sepatah. Malang betul "dapat" jurujual macam tu. (So, tak dapat ler saya nak jelaskan kat dalam blog ni kelebihan lain shampoo tu.) Dah ler ada 3-4 warna/jenis shampoo kat rak tu. Tak tau nak pilih yang mana satu. Saya tanya kat jurujual tu "yang mana satu shampoo untuk kurangkan rambut gugur?" Dia tunjuk yang ni..yang warna putih ni.

Shampoo dan conditioner L'oreal



Review saya: memang berkesan! dah semakin sikit rambut saya yang gugur.



photobucket

Monday, October 25, 2010

@ Post Divider Baru

Design1a- outline pada font warna putih

Design1b- outline pada font warna hitam

Design 2- outline pada font warna putih



Tengah mood rajin pulak nak "makeup" blog. Try buat post divider baru. Cantik tak?

Kalau korang berkenan..sila lah "save as" picture di atas tu. FREE jer saya bagi. Just leave kat comment box bawah ni- inform yang korang nak guna "post divider" yang diatas tu.
Nanti kalo saya rajin lagi saya buat lain.

Cara2 nak letak kat blog tu ...korang leh rujuk sini yer.


photobucket

@ Monday Blues? Meh tengok ni


video

Amboi... sampai macam tu sekali yer.. hihihi

Sekadar lawak pagi untuk menghilangkan "monday blues"

kerja rajin2 yer semua...


photobucket

Sunday, October 24, 2010

@ Saya Dah Tengok "Cuti-Cuti Cinta"


Hari Sabtu kelmarin, saya dan Abah gi tengok wayang....berdua. Dalila kami tinggal kat MIL kejap. Show yang kami pilih mula jam 7.50ptg...sebab nak balik awal sebelum Dalila mengantuk dan nak cari *anen"

Nak tau pandapat saya tentang cerita ni? Bagi saya cerita ni kelakar jugak lah.. Saya suka tengok gaya Nora Danish yang comel macam kucing tu bawa watak perempuan kaya yang sombong plus mengada2. Farid Kamil pulak..seperti biasalah..wataknya jadi hero idaman malaya. Part yang suka tengok adalah bila Nora (Eava) dan Farid (Omar Rudy) bergaduh bila mereka berdua terpaksa bermalam di sebuah pulau sehingga menyebabkan Eava mulai jatuh chenta dengan Omar Rudy.

Penampilan kumpulan The Fabulous Cats dalam cerita ini pun tak kurang kelakarnya..Lagu tema filem ni pun best sesangat.. cuma part bila dioarng berempat bangun dan menyanyi bersama diatas boat sebelum cerita ni habis tu yang macam agak "tak berapa nak masuk/kena" bagi saya untuk dijadikan penutup cerita ni. Eh..entahlah..ini pendapat peribadi saya saja. Jangan marah yer Abang Ahmad Idham..walau apa pun filem abang memang best!!

So,  kalau korang free2..jemput2 lah ke panggung wayang yer.. tengoklah citer ni. Tak pun "Jangan pandang belakang congkak 2" tu..dua2 ada Nora Danish yang comel tu. Saya kureng sikit komedi seram ni..tak suka terkejut2 dalam panggung tu :P 

Nak baca sinopsisi filem ni.. KLIK SINI yer..



photobucket

Friday, October 22, 2010

@ Akhirnya..saya dapat juga..TQ Nuffnang

Alhamdulillah..hari ni baru saya dapat "Buffered Earnings" setelah 2 bulan tak kunjung tiba. Puas sudah menahan hati jeles mambaca entry kekewan blog sorang demi sorang bercerita tentang bilangan "Buffered Earnings" mereka yang semakin bertambah.



Buffered pertama saya bulan ni.. Celcome KL Dragons SS

Terima kasih Nuffnang. Jangan segan2 kasi  lagi kat saya yer.

TERIMA KASIH JUGA PADA KAWAN2 YANG SUDI SINGGAH di blog saya ini..

Nota: nak dapat satu buffered ni .."visitor this week" mestilah LEBIH 650 keatas.


photobucket

Thursday, October 21, 2010

@ Beraya di rumah Zaza

Maaf yer..tetiba baru perasan ada entry tak di publish kan pulak aritu. Cerita ni masa raya ke-5 yang lalu. Kami ke rumah zaza..kenalan blog saya dan dia jaga banyak membantu saya sewaktu saya melakukan persiapan untuk kenduri tempoh hari. Thanks zaza!

Rumah zaza tak jauh pun dengan rumah kami kat area Bertam tu..rumah dia di tepi jalan dan sebelah sek saja. Sampai di umah zaza, terus terbau masakan yang sedap. Zaza ni memang pandai dan rajin masak. Kalau korang baca blog zaza..mesti korang ternampak entry resepi yang dia dah cuba. Bestkan..

Dalila dan Hanin pulak mula2 macam tak berapa leh "geng" lagi. Tapi lama2.. masa main kat luar rumah..haa. ambik ko.. sampai tak mau balik Dalila tu..sampai kena paksa dukung masuk kereta.

Jom tengok gambar yang sempat saya snap..

 Dalila suka bermain dengan Hanin

tgh main lari-lari masa ni...stop sbb kami risau terjatuh

zaza a.k.a mamaHanin dan saya



photobucket

Tuesday, October 19, 2010

@ Pabila Burung Hantu Terkejut

video

Reaksi burung hantu apabila TERKEJUT!!

Saya pun terkejut jugak tengok reaksi dia macam tu...scray kan!!


photobucket

@ Panadol Cold


Kelmarin saya rasa  perit tekak... badan pun rasa sengal2 sikit..risau tanda2 nak demam selsema saja. Yang paling risau kalo jangkit kat Dalila lah..dia tu bukan suka makan uabt dan TERAMAT SUSAH nak kasi makan ubat.

Abah ada belikan saya ubat panadol ni..panadolc iaitu "panadol cold". 1st time saya try panadolc ni..sebelum2 ni kalo tak sihat saya telan panadol biasa tu jer. Makan jer panadolc ni ada rasa kurang sikit sejuk2 kat badan...rasa sakit tekak pun makin kurang..badan cepat berpeluh@ kebah.

Kat belakang bungkusan panadol ni ada tulis UNTUK MELEGAKAN:
  • deman
  • sakit badan
  • sakit tekak
  • hidung tersumbat dan berair
 Ada lagi satu jenis panadol lain iaitu "panadol cold&flu". Saya belum pernah try lagi yang ni. Mungkin tak jauh beza dengan penadolc cuma ada extra untuk flu saja. Dari apa yang saya dag search..(kat sini) ianya tak boleh dimakan untuk orang mengandung atau yang sedang plan untuk mengandung. mungkin sebab itu  kot ubat ni adalah "ubat kawalan" - perlu kebenaran dari farmasis terlebih dahulu sebelum boleh dibeli.




photobucket

Sunday, October 17, 2010

@ Suka Duduk Kat Belakang

Sejak 1-2 bulan lepas.. Bila naik kereta, Dalila dah pandai duduk sorang2 kat belakang. Kita suruh jer dia duduk belakang...terus dia bangun dari riba saya dan pergi ke seat belakang kereta. Kalau dulu..jangan harap lah..nak duduk atas riba kita jer 24 jam...kalo nak duduk belakang pun macam tu jugak..nak duduk atas riba orang kat belakang...biasanya my MIL lah.
 bergaya di seat belakang..amboiii

Sekarang ni lagi "mencabar"..nak masuk kereta  sendiri.. Maksudnya dia nak buka sendiri pintu kereta tu, panjat nak masuk sendiri dan nak tutup sendiri pintu kereta. Kalau kami yang buatkan..mesti dia menangis mengamuk2. Mana larat pun dia nak buka dan tutup pintu kereta tu. Berat.! Nak tunggu dia siap "panjat" masuk kereta tu pun dah dekat 15minit..nak turun (keluar kereta pun sama..nak buat sendiri) Nasib lah abahnyer ni kereta biasa2 jer.. kalo Abah dia pakai kereta ala2 kereta tinggi macam CRV..ker 4x4 ker..sure lagi pening nak pujuk...dan nak tunggu dia siap "panjat".

dah siap panjat

Budak pandai nak duduk belakang dah..

Biasanya Dalila akan duduk saja kat seat belakang tu..saya tak kasi dia berdiri sorang2. Tak pun Dalila sendiri akan baring2 kat seat tu. Kami pernah letak car seat tapi dia tak mau duduk kat dalam car seat tu. Abah Dalila pun bawa kereta tak de lah laju mana pun..pusing2 dalam pulau jer. Tak lama sangat pun kat belakang tu..bila dia rasa nak *anen.. dia datang balik ke seat depan kat saya. Tak pe lah ..kurang2 dia dah pandai duduk sendiri.. dan dah beranggang sikit dengan ketiak saya...betul tak?




photobucket

Friday, October 15, 2010

@ Target Breastfeeding Saya..SUDAH TERCAPAI!!


Alhamdulillah...dah tercapai target yang saya letak untuk nak breastfeed Dalila sampai usianya 2 tahun. Syukur sangat..ALLAH telah mempermudahkan niat saya. Sepatutnya saya buat entry ni bulan lepas..tapi di sebabkan..tak sempat nak karang/tulis.. saya tanggukan sehingga ke hari ini...Dalila dah 2 tahun 3 minggu usianya..dan masih lagi full breastfeed..(tanpa apa2 susu formula..kadang dia minum susu UHT, vitagen, solivite dan fresh milk yg dlm kotak) Alhamdulillah...tercapai sudah target saya ini :) *clap..clap untuk diri sendiri.


Pengalaman ikhlas saya sepanjang menyusukan Dalila.
Dari usia 1 hari sehingga 6 bulan
Diawal saya di sahkan mengandungkan Dalila, saya dah BERTEKAT..akan menyusukan Dalila dengan susu  saya sendiri. Dulu2, saya selalu fikir menyuskan anak sendiri ni satu kerja mudah.."alah..selak jer baju, pastu masukkan lah dalam mulut anak"tapi bila sendiri dah "melaluinya" sejak 2 tahun lepas..baru saya tahu..ada "mendung-cerahnyar" juga.

Masa tu , saya memang zero knowledge tentang penyusuan ibu...sehinggakan semasa di wad..terpaksa minta bantuan nurse untuk tunjukkan cara dukung dan menyusukan Dalila. Nurse ajar saya cara menyusu dengan posisi saya duduk. Sehingga di rumah saya hanya praktikan cara itu...malam2 Dalila terjaga..saya angkat dia dari katilnya..dan duduk menyusukannya sampai dia tertidur semula baru saya letak dia balik dalam katil baby. Sampai 2 bulan saya macam ni..memang sakit belakang dan pinggang. Badan letih tak cukup rehat. Lepas tu, baru saya berani nak menyusukan Dalila cara berbaring..boleh kita zzzZZzz..(tidur) bersama baby. Risau saya tertindih dia ketika saya terlena :P

Dalila saya beri "exclusive breastfeeding" sejak awal 6 bulan kelahirannya..memang saya langsung tak kasi dia makan dan minum benda lain w/pun air masak. Masa 6 bulan tu..susu ibu teramatlah meriah..kemana2 pun saya kena bawa "breast pad". Dalila hisap sebelah..susu akan keluar dari "B" sebelah lagi satu tu. Kadang2 Dalila tengah tnyenak tido..tapi susu dah penuh nak keluar sangat2 dah. Sakit!! Pernah saya cuba pam susu saya, tapi memandangkan pam yang digunakan pun amat "tidak membantu" (bagi sayalah) -"AVENT manual pam" letih dan lenguh tangan nak pangku baby satu tangan....dan lagi satu tangan nak pam....lagi pun saya masih berhati2 dengan parut c-section saya. Dan setelah beberapa kali gagal..terus saya giveup nak pam. Lagipun saya fikir..saya tak  kerja..buat apa nak buat stok susu..(ceteknya kan ilmu saya masa itu..tak fikir panjang langsung)

Usia 6 bulan sehingga 1 tahun
Masa ni Dalila dah start solid food.  Dalam tempoh tu saya nak ambil lesen kereta..so saya beli breast pam jenama spectra 3..pam elektrik..senang guna :)..saya buat stok susu untuk masa2 saya tiada bersama Dalila..bila ke kelas memandu. Sebulan lepas itu pula.saya di tawarkan kerja..kontrak 2 bulan mengajar di sekolah menengah di area2 sini.. saya angkutl breast pam tu bersama2 setiap pagi ke sekolah..tebalkan muka minta tumpang pam kat dalam bilik peperiksaan dan kadang2 kat surau sekolah. Tentang kena gigit dengan Dalila pulak...sejak seawal usianya 6 bulan lagi saya dah merasa pengalaman ni.. Dalila memang cepat dalam bab gigi ni.  

Saya pula dan kembali ber'period' sejak usia Dalila 8 bulan.. memang masa2 "merudung" bila hari nak dekat  'period' dan sepanjang hari2 'period' tu. Sampai rasa sakit bila menyusukan Dalila. Bila tiba bulan puasa pula..lagi satu cabaran..berpuasa dambil menyusukan Dalila. Bila betul2 saya tak terdaya, terpaksa juga saya berbuka awal juga untuk Dalila.

Usia 1 tahun sehingga 2 tahun
Sepanjang tempoh ni..2 kali Dalila sakit sampai masuk ward. Masa demam memang dia LAGI extra nak menyusu..sampai melecet *p !#ting. Sakit2 pun terpaksa saya tahan. Dah masuk usia 1 tahun lebih ni..memang Dalila dah makin aktif, dah pandai berjalan sendiri..dan dan pandai memilih2 makanan. Badan pun dah tak sesemangat dulu2.. time ni telinga saya dah start pedih dah mendengar "pujian" dari mulut2 orang yang TIDAK MENYOKONG penyusuan ibu...dan mereka amat berbangga dengan badan anak masing2 yang bulat disebabkan minum susu formula XYZ yang bagus tu.. Bila berjumpa jer.. adalah soalan.."susu cukup ke? masih ada lagi ker? awak kena campur dengan susu XYZ baru badan anak besar (macam anak aii)" Memang sedih nak digambarkan..bila selalu dapat kata "perangsang" macam tu. Mujur mak saya memahami dan jadi tempat saya luahkan perasaan. Sayang mak!!

Apa yang paling menyeronokkan tiap2 kali menyusukan Dalila?
Saya suka tengok mulut kecik dan munggil dia tu bila tiap2 kali dia menyusu.. kadang2 ternampak lidah dan cara dia menyusu yang sentiasa comel dan istimewa sampai ke hari ni. Sayang nak berpisah dengan saat2 itu. Masa menyusu juga saya dapat peluk Dalila dan terasa seronok bila dia membalas pelukkan saya dan kadang2 meraba-raba badan saya. Saat-saat itu juga selalu saya dapat cium rambut Dalila..bila dia berambut panjang dan lebat, haa..agak cepat lah masyam rambutnya tu hihihi. Seronok juga dapat dukung/ meriba Dalila tiap2 kali nak menyusu..dah tau dia dah makin besar..dan makin panjang. Saya suka juga mengusik -usik Dalila bila dia nak menyusu.. memang banayk saat2 yang menggembirakan buat kami berdua.

Sekrang ni, Dalila suka bersembang2 dengan *"anen" dia sebelum dia nak menyusu..dia kiss2 *"anen" dan kadang2 cakap "thank you anen" dah macam 'kawan baik' dah dia dan *"anen" nih. Kadang2 Dalila tengok saya dan bertanya (untuk mengusik saya) "boleh gigit anen?" sebab saya selalu pesan.."jangan gigit *anen", nanti ibu sakit"

Berhenti Nak Menyusu?
Masih dah perancangan lagi..lagi pun sejak 2-3 bulan ni..Dalila kurang makan nasi.. makan rapu2 jer selalu. Kesian pulak nak stop menyusu. Tapi hari2..saya akan pesan berulang kali..."Dalila dah besar, dah tak leh nak *anen" lagi dah..macam baby jer yang boleh *anen"". Biasanya dia akan sedih dan menagis bila saya cakap macam tu. Tapi tak apa lah..sekurang kurangnya dia perlu bersedia.




p/s: ada sape2 perasan tak medal breasfeeding saya yang banyak tu (kat side bar kiri blog)...dah 2 tahun tu saya kumpul.hihihi.


photobucket

Wednesday, October 13, 2010

@ Dia Terjatuh.. dan Berdarah

Ini kali ke-2 Dalila terjatuh yang menyebabkan luka di lutut. yang kali pertama dulu kat entry ni (1st time lulutnyer bercalar) pada bulan Feb awal tahun ni jugak. Tapi kalo ni lagi teruk..sampai berdarah dan terbelah macam tu.
berdarah
Kejadian pada 12 Okt 2010, lebih kurang jam 4ptg. Saya dan Dalila dalam perjalanan balik dari market, membeli barang untuk masak makan malam. Dalila seperti biasa..dia tak suka saya pegang tangannya (apatah lagi berdukung) bila berjalan...yang saya ni pulak risau dia terjatuh/tersadung jer nanti. Dah berkali2 dah bising, tapi dia still nak lari2 dan lompat2 juga kat sekeliling saya.

Last2..apa yang saya takuti tu terjadi jugak...ZRASSSS!! dengar bunyi Dalila tergelincir lalu terjatuh kat jalan tar yang sedikit berbatu..Terus dia menangis. Tertiarap di atas jalan. Saya cepat2 bangunkan dia,  kesat kedua2 tapak tangannya..okey..tak luka..kesat lututnya pula.. terlihat lutut kirinya berdarah. Aduh...kesiannyer.. Nak saya dukung..barang di tangan dah banyak. Saya tawakkal sajalah ..terus pimpin Dalila berjalan balik rumah. Alhamdulillah...masih boleh berjalan tapi berjalan sambil menangis lah. Separuh jalan dia dah stop menangis..dan tergelak2 dengan usikkan saya yang sekadar selingan nak 'stop'kan menangis dia tuh.

lutut kiri yang bardarah

kesakitan...

Masuk rumah pun dia okey lagi..dah saya ambik gambar luka dia, baru dia mula nak menangis. Puas jugakkan memujuk.. lebih2 lagi masa nak cuci luka tu.1st time Dalila tengok darah..dia pandai pulak sebut "darra..darra".. Abah dia balik keje pun dia bagitau "ada darra...ada darra". Dah letak jel gamat..kejap jer okey..terus leh panjat meja dan kerusi kat rumah MIL (padahal sebelum ni dia tak pernah panjat2 kat umah MIL) dan pandai pulak cakap "hep..hep..hep" (*help) bila nak turun. Yang kami ni risau dia terjatuh lagi dan berdarah balik jer luka dilututnyer tu...

Alahai Dalila..macam2 pengalam baru sementara nak besar ni yer.. Ini semua perkara biasalah sayang.. tapi Dalila mesti kuat tau! Nangis kejap2 jer tak pe.


photobucket

Monday, October 11, 2010

@ Potong Rambut Tapi Masih Panjang



Hari Khamis yang lalu, saya ke salon untuk potong  rambut saya. Terasa rimas dan panas saja bila dah panjang sampai ke tengah dada macam ni. Kedai salon tu dekat saja di area rumah saya..dah 2-3 kali saya potong rambut di sana..rasanya tiap2 tahun saya potong rambut kat situ. Dalila pun pernah sekali saya bawa potong rambaut di sana (entry @ Potong rambut sbb Ruam)

Tapi nak di jadikan cerita...dan mungkin penyebab untuk saya "bye-bye" kat tokey salon tu sejak hari Khamis hari tu. Perkhidmatannya tak memuaskan..dah lah potong rambut saya dalam 5 minit dah siap. Saya balik rumah, sikat2 ada sebesar jari kelingking lagi rambut yang masih panjang yang TAK DI POTONG.. 2 tompok pulak tu.. nak buat "ekor" pun tak sesuai..sebab kat tepi telinga. Sampai hari ni saya simpan rambut yang tak habis potong tu...terasa geram pulak bila jadi macam ni.

Abah suruh saja saya potong sendiri rambut tu...hihihi..terjuntai 2 tompok panjang sejengkal kat tepi telinga..tak ke pelik..tak pelah..esok-esoklah saya potong..masih hangin lagi dengan hasil kerja salon tu.. aunty tu, sembang dah ler kuat2..kerja cincai..  sorryler.. saya dah pangkah dah kedai aunty pasni.




photobucket

Sunday, October 10, 2010

@ Family Potret Raya Kami

Aidil Fitri 2010

 Ibu dan Arifa Dalila


Raya dah lama habis...tak kire... nak letak jugak gambar raya tahun ni.. hihihi.
Tahun ni kami pertama kami beraya dengan pakaian yang sedondon.. memang excitet weh.. Berbeza dengan tahun2 sebelum ni... semua baju raya "ready made" jer..warna tema pun tak berapa nak matching sangat. Asal nak sama jer terus beli.

Tahun ni juga kami beraya di rumah nenek Abah (moyang kpd Dalila) ...stay kat sana sejak dari malam raya sehingga lah ke petang raya pertama. Kebetulan pula hari raya pertama jatuh pada hari Jumaat dan hujan lebat pula sampai ke petang. Esoknya (raya ke-2) kami dah bertolak balik beraya di kampung saya di Kedah. 

Dalila pula raya tahun ni dah aktif berjalan dan berlari..(raya tahun lepas dia masih jalan-jalan jatuh lagi). Seronoklah dia dapat ikut main sepupunya yang lain. Kalo di sebelah family Abah..Dalila suka berkepit dengan Fatin (8 tahun) berbanding dengan Faqihah (3 tahun)-adik kepada Fatin..dan disebelah family saya pula.. Dalila dengan Alia (9 tahun) dab Anis (7 tahun)

 Dari kiri: Aqif, Qayyum, Faiq, Faqihah, Arifa Dalila, Fatin dan Najwa


 Dalila dan Alia




p/s: kalo rajin nanti, ibu masukkan lagi pic raya kita yer sayang..



photobucket

Thursday, October 7, 2010

@ Dalila Jumpa Seorang Model Iklan Lelaki

Dalila berkesempatan jumpa dengan seorang model iklan masa raya pertama baru2 ni. Model iklan tersebut adalah sepupu dengan Abah. Kira dia dengan Dalila ni "dua pupu" lah kan. Iklan terbarunya di tv adalah iklan ubat gigi. Rasanya kalo tak silap saya, Faizul ni buat modeling sebagai part time jer. Dia ada job lain yang lebih masyukk..

Kebetulan malam raya aritu dia datang ke rumah nenek Abah, dapatlah sama membantu menganyam ketupan daun palas malam tu. Korang sure tak percaya...dah ler "still single and availble" pandai pulak anyam ketupat..ahaks! confirm dapat title 'jejaka melayu terakhir"  lah dia nih.

Pagi raya pertama kan sesi bergambar. beramai2..so dapatlah saya ambik gambar Dalila dengan Faizul. Tapi Dalila malu2 kucing pulak dengan dia..aduyaiii

Dalila peluk Abah bila uncle Faizul nak dukung..malu konon


photobucket

Wednesday, October 6, 2010

@ Dalila dan Mickey Mouse

Nak tulislah sedikit sejarah bagaimana Dalila boleh suka a.k.a fanatik kat karakter "Mickey Mouse". Buat kenang kenangan dia bila besar nanti..

 bergambar pun nak sama2 dengan mickey dia..dah la yang besar pulak tu.

Sebenarnya sebelum ni Dalila tak kenal karton Mickey Mouse pun..dia hanya tau Barney saja..sebab apa? sebab kat tak langgan channel astro yang karton semua tu. Barney pun tgk kat channel 119 (TV9) sahaja. Tapi bila dah habis musim "world cup" aritu.. Abah cakap nak terminate channel sport..sebab tak tengok sangat pun..nak dekat world cup lagi nanti baru nak 'masukkan' balik :P Dah bunag "sport" saya minta masukanlah channel "karton" sebab nak kasi Dalila tengok dan tak kacau saya semasa saya buat kerja dapur. So, tanggal 17 Ogos 2010..secara rasminya Dalila dah terdedah dengan semua channel karton kat astro tu.

Cerita karton yang paling saya suka adalah "Shaun the Sheep"..memang kelakar betul lawaknya tu. Dalila pulak lama2 tersangkut kat cerita Mickey Mouse Club House..Special Agent Oso pun dia layan jugak sikit2. Ranking ke-2 selepas Mickey Mouse Club House adalah.."Dora the Explorer" dan "Go..Go..Diego". Siap boleh nyanyi2 dan menari2 lagi kalo nampak ke-3 cerita fav dia nih..bukan tu saja..nampak barang yang ada gambar 3 karton ni..kat pasaraya sure nak suruh kami beli...

Kesiannya melihat dia macam tu.. masa bulan puasa aritu Abah pun ajak ke toy r us..belikan patung Mickey Mouse. Masuk jer kedai tu terus dia ambik dan dukung 2 patung Mickey dan Minnie yang besar..sampai terseret2 kaki mickey kat lantai. Dah dapat 2 patung tu...saya ajak Abah ke butik Mom Care..nak tengok baju dan kasut raya Dalila. Tup..tup kat situ pun ada jugak patung Mickey Mouse..cuma saiz kecik dan boleh bercakap dan  menyanyi..dah dia merengek nk si mickey yang kecik tu pulak!! Aduhai...pening kepala dok memujuk..dah la patung yg beli kat toy r us pun ada kat tangan lagi..nak lagi yang lain pulak..last2 belikan jelah jugak...pastu terus ajak Abah balik..tak sanggup kalo nanti  dia menangis nak patung mickey yang ke-4 dalam satu hari..mak aii!!!

 hari pertama mereka...main2 masa dalam kereta

sibuk menyusun..sebab tak muat tempat duduk


ini lah koleksi Mickey Mouse dan Miniey Mouse Dalila
yang paling besar tu lah yang selalu kena "tinggal" sbb panjang sgt (24")


so, semperna birthday Dalila haritu..saya pun order kek Mickey Mouse Club House ni lat blog Dapur & Oven ni..terima kasih pada Jeri sebab sangat kreatif...cantikkan :)
kek yang menjadi perhatian kanak2 masa birthday aritu



p/s: ini lah antara pengorbanan/usaha yang dapat Ibu dan Abah berikan buat mu sayang..harap bila besar nanti..kamu akan menjadi anak yang solehah, mendengar nasihat, menjaga kami di hari tua kami serta mendoakan kami setelah kami tiada nanti...aminnn

photobucket

Tuesday, October 5, 2010

@ Lagi Cerita Birthday

Sambung lagi cerita dan gambar masa birthday party Dalila...

Haritu..Dalila potong kek jam 4 ptg. Dia tak berapa mahu berada di meja kek tu..lebih tertarik nak main kat depan..kan ramai yang sebayanya datang.
 masa nak potong kek

dah ready nak potong...

party pek yang kami buat tetamu Dalila
ada pensil 2 batang, pambaris, kismis kotak kecil, puding dan lolipop.

Hadiah birthday...Terima kasih semua :)

Tekun nak buka hadiah...


photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...