nak join? klik banner ni yer

Friday, July 30, 2010

@ Paksu Kari Kepala Ikan

Nama restoran ni ni Paksu Kari Kepala Ikan... 
Memang SEDAP lah kari2 dan gulai disini (kata Abah lah).. sebab tu Abah suka bawa kami makan disini. Dekat jer pun dengan kawasan rumah..di Sungai Ara, bertentangan dengan Hospital Hope tu jer.

 kari kepala ikan RM25 satu set (tak termasuk ayam dan sayur spt dlm foto diatas ya!)

Kalau malam2 nak makan nasi campur, boleh lah datang makan disini.

Saya tak berapa berahi sangat makan kari2 ni..tapi disebabkan Abah suka makan disini --bila saya tak masak dirumah.(Kekadang penyakit "M" pun datang sampai rasa muak nak makan masakan sendiri. boleh gitu?)

depan kedai

 selit sikit muka muka anak dara ku dalam iklan kali ni...
Dalila yang suka bila dapat jalan2.


photobucket

Wednesday, July 28, 2010

@ Jeruk Buah

 Jeruk buah..What your flavour?

Beli jeruk buah ni di Medan Suri, Sg. Nibung aritu semasa nak pergi ambik baju raya yang kami tempah kat area2 situ. Sayang nyer..tak siap lagi rupanyer baju kami tu. Dah alang2 dekat situ, saya beli 3 jenis jeruk buah iaitu buah Salak, buah Mempelam dan buang Kedondong atau nama lain buah Ara. Diorg jual 3 pek ni RM10. Saya beli yg dah siap2 pek, sebab nak cepat.. malas nak tunggu sebab ramai pelanggan. Kalau nak minta peking kan yang baru pun boleh dan banyak lagi buah2han yang telah dijerukkan..next time nak try jeruk jambu batu lah..tak pernah try lagi.

 Kalo sape2 suka makan jeruk ni, leh tengok cawangan Pak Ali ni ada kat mana lagi. Sebab jeruk ni orang kita yang buat.


Salak, mempelam dan kedondong

Cara saya menikmati jeruk-jeruk ni: rendamkan kan dalam air suam.. 
Kalau boleh sabar..randam 30 minit, kalau tak sabar, buat 5 minit jer.. nak kasi kurang sikit rasa gula jeruk tu.


Kalau tak silap..(kalau silap minta maaf yer) orang Johor hidangkan juga jeruk buah ni semasa hari raya kan? Kami tak pernah jumpa lagi orang buat macam tu kat area2 utara (penang-kedah-perlis), selalu pun hidang kuih raya dengan kekacang jer.




photobucket

Tuesday, July 27, 2010

@ Kurma Kegemaran Dalila

kurma yang disaluti coklat dan berintikan kacang almond

Ni kurma kegemaran Dalila, Chocodate edaran Yusuf Taiyub. Kurma ni disaluti dengan coklat (sebab tu Dalila suka) dan didalam kurma tu pulak ada kacang almond. Beli jer terus Dalila suruh buka, dia suka makan tapi part kacang almond tu jer dia kasi kat kami, kacang tu dah macam "masuk angin" jer.. mungkin stock lama kot. Nasib baik beli satu jer dan beli pek kecik jer Hari Sabtu lepas.

Kat rumah pun dia dok ulang2 buka peti ais nak makan kurma ni. Tinggal 2 biji jer lagi kelmarin untuk buat saya ambik gambar untuk diletakkan dalam blog...ni  pun sebab saya sorokkan semalam.

Ade sape-sape nak rase jugak chocodate ni?

photobucket

Monday, July 26, 2010

@ Dalila 1 tahun 10 bulan


Nak ambik peluang nak coretkan sedikit milestone Dalila sekarang. Dah lama jugak Ibu tak update milestone Dalila kat blog ni.

1. Dua tiga hari kelmarin, Dalila dah boleh buka pintu rumah sendiri. Maksud Ibu, tangan Dalila dah sampai dan boleh tarik tombol pintu, dalam keadaan pintu tersebut TERTUTUP dan tidak berkunci. Terasa sangat anak Ibu ni dah semakin tinggi..(dah hampir setengah daripada tinggi pintu dah)

2. Sangat2 rajin kalo Ibu suruh bantu Ibu buat kerja. Happy dan tersenyum gembira dia bila dapat selesaikan satu2 kerja yang Ibu berikan. Walaupun hanya arahan yang simple je.. tapi banyaknyer membabitkan barang2 dia..so diaharapkan lepas ni dia dah terbiasalah buat kerja2 ni bila dah semakin besar kelak. Buat masa ni Ibu, antara arahan/kerja yang ibu beri:
  •   minta Dalila buangkan daipers yang telah dipakai kedalam tong sampah biasa, (letak dalam bilik) Biasanya kerja ni selepas Ibu tukar daipers baru untuknya...yang dah pakai..dia kena gi buang sendiri. Bagus..tak pernah miss..sampah2 biasa (tisu, kertas) pun kalau kita cakap "tolong buangkan kat tong sampah"..dia dengan cepatnyer ambil sampah tu terus berlari ke tong sampah biasa tu. Yang kelakarnyer...Ibu terjumpa bungkusan sup bunjut adabi yang belum digunakan lagi kat dalam tong sampah tu. Agaknyer dia ingat sampah kot..nasib baiklah duit kertas tak pernah lagi ada dalam tu..kalo tak sure kena "scann" selalu tong sampah biasa ni.
  • Ibu "up" kan sikit level "bab buang sampah ni" dengan memperkenalkan tong sampah yang jenis perlu pijak dulu baru terbuka. Dalila tak kuat lagi nak pijak sampai terbuka..selalunya akan terbuka sikit saja..setakat lepas botol vitagen yang dia minum tu okeylah kan.
  • Bantu letakkan pakaian yang perlu dibasuh ke dalam bakul cuci. Biasanya Ibu kasi 1-2 helai jer kat dia.. Paling selalu pun baju yang dia dah pakai (selalunya selepas mandi lah..atau tukar bila baju dah kotor/comot).
  • Kalau nak mandi, Ibu akan suruh Dalila ambik tualanya sendiri. Tempat sangkut tuala tu tak tinggi pun..sekali dengan tempat sidai sejadah dan telekung sembahyang jer.
 3. Tak berapa nak ganggu sangat dah time kami solat, elok jer dia pun "tunggang tebalik" sama sampai kami sudah sembahyang.... paling tak pun dia datang jenguk kat tepi saja..tengok kita solat. Kalo dulu2..siap duduk atas sejadah atau peluk kaki kita lagi...huhuhu.

4. Tidur malamnyer dah semakin lewat..kalo sebelum2 ni..maksimum sampai jam 12.30 pagi jer..tapi SEKARANG sampai jam 2.30 pagi pulak.. sampai mengantuk2 Ibu tunggu dia tidur, sebab Ibu nak blogwalking.

5. Makin banyak perkataan yang dia pandai sebut, contohnye tadi malam: Abah tengah pegang ubat selsema, Dalila nak ambik ubat tu (satu papan)..dia cakap "nak tu..nak tu"..nak pastu suruh Abah "lepas laa" ubat tu dari tangan Abah.

6. Haa...yang ni paling kelakar..kalau ada iklan kat tv yang ada nyanyi2..sure dia pun ikut nyanyi2..siap cari dan pegang remote astro lagi..buat mickrofon lah kekonon. Kalau tak tau lirik dia pakau bunyi jer.."uuu..uu..aa..aa..." dan kalau kami ada bersama..sure dia suruh kami nyanyi bila lagu yang dia tak reti nyanyi.. "ibu nyanyi laaa..nyanyi laaa". Abah dah marah dah kat Ibu aritu..dia kata Ibu yang ajar Dalila.. ada ker patut Ibu pulak yang kena.


Okey lah..tu jer dulu buat pagi ni. Mau zzZZZzzz..dah ni.

photobucket

Sunday, July 25, 2010

@ Was Killed by Ninjas :P

Semasa saya berjalan2 dialam maya, (surf internet la.) tetiba terjumpa pulak gambar pakcik ni nak minta bantuan. Cuba baca apa yang pakcik tu tulis kat board tu.. 

my father WAS KILLED by NINJAS.
NEED MONEY for KARATE LESSONS.
*
*
*
*
*
*






pastu jumpa lagi gambar sewaktu dengannyer.. tapi yang ni mintak $4 terus.



 Nak duit untuk belajar KARATE?!! (terasa nak gelak guling bila dengar alasan ni)

Hai..apa-apa saja idea kreatif mereka ni nak minta duit kan.. hahaha.. Kelakar jer..
Tak pasal2 NINJA turtle jadi mangsa dalam cerita ini.



photobucket

Friday, July 23, 2010

@ Berwajah Baru

Salam semua...

Jangan terasa salah masuk umah/blog pula yer..memang betul ni blog IbuArifa. Saya terpaksa tukarkan cat umah saya ni disebabkan dah 3 hari dapat masej seperti dibawah ni:


dah try banyak kali nak masuk tersebut untuk nak "grab" yang baru.. tapi traffic jam pula. Last terpaksa berpaling tadah guna background kat "Fondos De Ensu.." ni. Huhuhu.. terasa janggal pulak dengan warna cat rumah yang baru ni. (tak suka..tak suka)

bye-bye background lama..terima kasih atas perkhidmatan mu selama ini


Sebenarnya saya ada design sendiri background untuk blog saya ni. Tapi dah berpuluh2 kali try upload.. selalu "tak cukup besar"..dah banyak kali jugak try besarkan saiz kat photoshop..tapi still cantu juga. Sampai terpaksa minta bantuan Whitey Mommy siap online chat kat FB pun tak berjaya jugak.. What to say.. takde rezeki nak guna ciptaan sendiri lagi..maybe next time insyaALLAH.

Nak tengok tak background yang saya buat tu?
Tetap juga warna tema BIRU..sebab malas nak tukar header :P

 background blog ku yang "tidak berjaya" digunakan :(

Yang ni 1st try, so agak simple2 sikit, lagi pun just nak tau saiz yang "sepatutnya" jer dulu.. Kalo dah terer nanti leh design lagi dan lagi..


p/s: ada sape2 yang tau nak pasal saiz untuk design sendiri background blog tak? Ajarin dong!! pelase..

disebab dok usahakan tukar background ni..saya tak sempat nak balas komen kawan semua..maaf yer.. insyaallah, esok saya balas. maaf sekali lagi.


*update 25/7/10..ku tukar lagi background..guna yg pensil2 warna pulak. Rasa "fresh" sikit dengan warna yang terang2 nih.

photobucket

Wednesday, July 21, 2010

@ Harga Blog Saya : RM 9869.78

Berapa harga blog anda?
Saya dah gatal try check blog saya tadi.. RM9869.78

Amboi..bunyi2 ala macam duit hantaran jer tu.. hihihi

Korang nak check jugak ker..saje suka2 jer.. bukan nyer betul pun..
Sebab apa saya kata tak betul? tengoklah dia tulis "online since July 31st 2000" (seperti yg saya bulatkan dibawah). padahal masa tu blog ni tak wujud lagi.. huhuhu.. tak pelah sekadar suka2 saja pun kan benda ni.


kalo korang nak check juga KLIK link ni yer.. atau kat badge kat sidebar kanan di blog saya.. saya letak tajuk " ada harga tapi tak mau jual"


photobucket

@ Aktiviti LAIN di dalam Fitting Room


apa aktivitinyer? 












Breastfeed Dalila lah..takkan nak skodeng orang pulak
hihihihi

1st time nih..ambik gambar dalam fitting room


Saya, sebagai seorang Ibu yang masih menyusukan Dalila akan buat aktiviti ni bila ke shopping komplex yang tak ade "nursing room" atau "baby room". Selalu mintak pinjam fitting room ni kat department baju wanita..area2 pakaian dalam tu, kan kat situ biasanya banyak bilik fitting disediakan. Nak patah balik ke kereta..malas pulak nak jalan jauh2 ke tempat parking. Nak pakai kain nursing cover..Dalila ni tak suka saya cover2 dia dalam kain gitu, pasti dia selak :P

Alhamdulillah..dah nak tercapai target / misi saya nak fulL breastfeedkan Dalila sampai 2 tahun. Bulan Sept/ Syawal nanti betul2 genap dah 2 tahun dia minum susu saya. Lagi 2 bulan jer lagi.. tapi sejak dua menjak ni Dalila selalu komplen.. "anen(susu) abis...anen abis dah" siap dengan gaya tangan goyang2 lagi. Bertahan dulu yer "cik anen".. lagi 2 bulan jer lagi.. lagi pun Dalila tak suka fresh milk dalam kotak tu. (Biasanya saya belikan susu fresh milk jenama Dutch Lady). Susu UHT  berperisa pun dah try jugak..last2 saya lah tukang habiskan susu2 tu. Tak tau nak ganti dengan susu apa pulak lepas ni...formula milk langsung dia tak mau hisap puting (botol susu) tu...nampak botol jer..cakap "tak mau..tak mau" siruh kita simpan botol tu.



Teringin nak kasi susu kambing uantuk Dalila..kata alim ulamak..susu kambing ni bagus. cuma tak tahu kat mana nak cari lah pulak..tak mahu yang susu"fresh" lah..nak yang dalam tin.(amboi..demand!)
Ade sape2 pernah dengar susu kambing yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.kat mana nak cari?


photobucket

Tuesday, July 20, 2010

@ Cara Mengupas Telur Rebus Paling Senang

Saya tak try lagi cara ni...jarang pun buat/masak telur rebus kat rumah..
nak jumpa terus rebus pun masa musim kenduri sajalah.

Sape2 yang dah try, dah terbukti berkesan..SILA BAGITAU yer..

video



p/s: macam magik pun ada jugak tgk org kupas telur mcm ni.. just kopek sikit (atas-bawah), pastu tiup jer.. mungkin berkesan bila masih lagi panas2 kot.


photobucket

@ Surat Putus Cinta

sedikit lawak pagi sebelum korang mula berkerja.. hihihi

Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend MAT SALLEH nya....
Dia tak sanggup bertemu muka, Lalu dia pun mengutus surat... surat tu macam ni
bunyinya....hehehehe:


Hi, my motive write this letter is to give know you something.
I WANT CUT CONNECTION US. I have think about this very cook cook.
I know i clap one hand only. Correctly, i have see you and she together at town
with  eyes myself. you always ask for apology back back. I don't trust you again!!!
My Friend speak you play wood three  . Now i know you correct correct play wood
three. so,i break connection to pull my body from this love triangle.I know this result
i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far
from here. But i always love where also i live....Safe live......


regards

tijah


p/s: (moral di sebalik surat ini,  didiklah sebaik mungkin generasi akan datang agar lebih maju dalam bahasa
ENG dan lebih bermutu dalam BAHASA sendiri).
teringat citer masa saya jadi guru sandaran dulu.. budak sek datang ke bilik guru dan bertanya? "teacher today netball hit how much?" terdiam sebentar bila kena kat batang hidung saya sendiri..kang gelak depan2.. kecik hati pula budak tu..hihihi 
korang paham tak ..apa niat/maksud sebenar budak tu nak tanya tu? 


photobucket

Monday, July 19, 2010

@ Terima kasih MamaSara!!


Nak buat entry khas ni, terharu sebenarnyer bila dapat benda ni dari MamaSara a.k.a Aja. Tak sangka mamaSara nak postkan sample pad libresse ni pada saya. Banyak pulak tu..

TERIMA KASIH yang tak terhingga MamaSara.
semoga segala urusan MamaSara dipermudahkan-NYA

Sebenarnyer saya dah 2 kali apply/mohon sample pad libresse ni (masa mula2 iklan Adibah Nor ni keluar kat TV)..  tapi tak sampai2..mungkin sebab saya nun jauh kat penang or diorang dah hantar tapi "missing in action" ker.. saya tak tahulah.

anyway....thanks ya Aja :)


photobucket

@ Alahai Dalila..

Ini rentetan cerita/entry sebelum ni, entry 1st time Dalila outing selepas discharge dari hospital.

Kejadian ini mengkin disebebkan Dalila mengantuk. So, ala-ala "buat perangai" sikit nak kasi Ibu 'hot' then dia boleh menangis.

 Korang tengok lah sendiri..



dia try kasut ni kat shopping komplex.. nasib baik diorg 'display' sebelah saja kasut


menangis sampai tak mahu kat Ibu

Haa.. dah tengok dah kan..ini first time dia buat perangai nak try kasut sampai nangis2 macam ni. Sebelum ni dia okey jer. 
 Masa kejadian- Abah pergi surau, so mula2 tu Dalila macam merengek nak ikut Abah dah.. tapi saya ter'"singgah" kat bahagian orang jual kasut..mood dia time tu okey lagi..dia tengok jer saya mencuba 1-2 kasut. Tak sanggak pulak dia nak tiru, dia buka kasut dia then ambik sendiri kasut di rak then dia TRY!!.. saya ingatkan dia sesaje jer.. tapi bila saya dah habis "tengok-tengok" kasut kat situ, ajak dia keluar so suruhlah dia pakai balik kasut dia, dan buka kasut yang dia try tu..dia tak mahu. Puas pujuk sampai dia menagis, dan tak mau Ibu dekat/pujuk dia. Dah lah ramai customer tengok dan tersenyum2 tengok Dalila pakai kasut besar tu. Sampai Abah sampai kat kami semula baru dia nak berhenti menagis.

Alahai Dalila.. nak ke kasut tu? nanti Ibu cari saiz yang padan dengan Dalila yer..yang tu besar sangat lah sayang..

Nasib baik masa beli kasut raya saya minggu lepas dia tak buat perangai macam ni lagi.. kalo tak, malu beb!


photobucket

Friday, July 16, 2010

@ Pep Smear dan Cerita Scar Cesarean

Saya pagi Khamis kelmarin ke Pearl Maternity Hospital, Sg.Ara untuk buat test pep smear. Hospital ni jugaklah tempat Dalila dilahirkan, memandangkan disini doktor (bidan)nyer adalah doktor perempuan, Islam iaitu doktor Rosita... jadi tak de lah rase "segan" atau malu sangat bila membabitkan pemeriksaan di tempat2 sulit ni..

Kali ini merupakan kali ke-2 saya buat ujian ni. Kali pertama dulu ketika (2007) sebelum mengandungkkan Dalila. Dah dekat 3 tahun lepas. Patutnyer perlu buat 1-2 tahun sekali kan.


Prosesnyer sekejap saja, dan tak rase sakit..cuma akan rasa ketika "benda" iaitu alatan yang di masukkan kedalam situ saja untuk diambik sample tisunyer. Sekejap saja pun. Kos yang kena untuk ujian pep smaer adalah RM25. Result ujian ini akan di pos..mungkin dalam 2-3 hari jugak kot.

Korang dah buat ke ujian pep smear ni?

Persediaan awal sebelum ujian pep smear:
  • Digalakkan datang untuk ujian selepas haid kering ataupun peringkat pertengahan pusingan haid.
  • Tidak boleh bersama (melakukan seks) 2 hari SEBELUM berjumpa doktor kerana dikhuatiri ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.
Sumber rujukan:  www.sabah.org.my


Tentang scar Cesarean:

 Selepas habis proses ujian pep smaer saya ada bertanya pada doktor tentang parut C-section saya yang kadang2 terasa GATAL.. bukan 100% diatas garisan parut tersebut, kadang2 di keliling tepi2 parut tu.

 saya: Adakah rasa gatal itu normal?
doktor: ya, normal..tapi tidak semua parut c-section akan rasa gatal.
 bukan aii punya ok..ambik foto kat cik google


saya: kenapa boleh jd gatal?
doktor: ada beberapa sebab, kemungkinan disebabkan parut awak tu "parut yang masih hidup".. so lebihan 'isi' yang tumbuh diatas parut tu boleh jadi lagi besar lagi.  Ada sesetengah orang parut C-section nyer cantik saja..hanya 1 garis saja. Itu menunjukkan badannyer "healing" pada kadar yang sepatutnyer.. dan tidak terlebih healing sehinggakan muncul "isi" seperti itu. (lebih kurang beginilah penerangan doktor td..banyak telan semut..so ingat2 lupa)

saya: apa perlu/boleh dilakukan sekiranya rasa gatal?
doktor: tak boleh lakukan apa2..just kena tahan saja. sekiranya digaru maka proses penyembuhan (secara semulajadi) sekali lagi akan berlaki di kawasan tersebut.. dan mungkin akan menyebabkan "isi" tu tumbuh lagi besar.

so, kesimpulannyer..kalo gatal tu tahan or letak bedak sajalah.. ke korang ada cadangan lain? sila bagitau / kongsi dengan saya ye.



photobucket

Wednesday, July 14, 2010

@ Dini's 4th Giveaway

Saya telah di tag oleh Ibu Ayra untuk join giveaway ni. Thanks Ibu Ayra sebab tag/ bgtau  saya tentang GA ni.

 Maka, saya pun nak tag kawan2 lain pulak:
1. Mama Rizqullah a.k.a Maslina
2. Nadnye
3. Ibu Aqil a.k.a Salina

So, sape2 nak join bolehlah klik dni contestgiveaway ni yer.
Tarikh tutup GA ni adalah: 8 Ogos 2010.



photobucket

@ Nak sihat ikut cara Rasulullah?

Amalkan tip2 dibawah ini..


1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan
sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini memberi
hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu senantiasa rapi & bersih, tiap hari khamis atau Jumaat beliau
mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan
berminyak wangi.
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa.
Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

3. TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan
tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara,
sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu
tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk
menyeimbangkan kesehatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah
sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir,
pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting
untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan
hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah
belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan
jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka
berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari Syaitan  
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi
kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta
tawakal kepada Allah SWT


7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga ke'stabilan hati & kesihatan jiwa, serta mental maka menjauhi iri
hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.


::Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku
dengan sifat sifat mahmudah...::


shering is caring!! bye..


photobucket

Tuesday, July 13, 2010

@ Jom Pi Yalan-Yalan!! (excitet mode)

Ini adalah 1st outing Dalila after discharge dari hospital (sebab denggi) haritu. (ceritanya di entry INI dan INI. Tengoklah date pada foto tu..3hb Julai 2010. Bukan main excitet lagi Dalila nak "pi jalan-jalan". Yer lah..bayangkan 6 hari dok dalam hospital..kena paksa makan banyak ubat pulak tu.. sure BOSAN ya amat kan. Ibu (saya) sendiri pun excitet jugak nak jalan2  haritu.. tapi dah saya yang jadi "kameramen"nyer.. so xdelah picture wajah excitet saya. Hihihi...selamat!!

Jom layan gambar sambil cerita2.

dia nak turun dulu..tak sempat nak tunggu Ibu.

Yeyeh.. Abah bawa gi yalan2

Nah duit Ibu..buat gi shopping!

Tengok tu..excitet bila Abah dat start enjin kereta



p/s: Dalila suka nak pi jalan2 sampai 2-3 kali termamai2 tau.. baru2 ni dia terjaga tidur terus bangun  (posisi duduk) sambil menangis2 ajak pi jalan2.."jom pi yalan.. jom pi yalan.." padahal jam baru jam 4 pagi. Si Ibu pulak baru jer off pc/ masuk tidur jam 3pagi sebelum tu..terpaksa pening2 pujuk dia yang tengah ngigau2 menangis tu.


p/s: Si Ibu yang ter'rajin' buat design background blog sendiri..tapi frust + bengang bila dah 10 kali upload design tu ke blog..tak jadi or saiz nyer kecik pulak..huhu..kerja sia2 jer malam tu.

photobucket

Monday, July 12, 2010

@ Comotnyer Budak ni..

Sebenarnyer Dalila sebelum masuk usia 20 bulan, memang dia tak suka ais krim, bagilah dia rase brand apa sekali pun hatta BR yang sedap tu pun. Sure dia TAK MAU! 

Tapi sejak umurnyer masuk 20 bulan bulan lepas, dia dah pantang nampak ais krim dah.. hatta turpaware ais krim tu sekali pun.. mesti dia minta ai kin..ai kin.. Tak sure pulak macam mana dia leh tiba2 berubah fikiran/perangai.

Haa..tengoklah betapa comotnyer Dalila makan sendiri ais krim tu..sib baik la kat umah sendiri

kenal lagi tak siapa ni?

sampai ke kaki pun kena ais krim jugak

menangis bila ibu tak bagi ais krim lagi (tengok! air mata bergenang tu)

 Ingatkan tak keluar lagi dah coklat yg dah macam lumpur kat baju Dalila tu, terus cepat2 rendam dan basuh.
 Dalila pulak terus saya bagi mandi dan mop habis lantai kat dapur tu.


p/s: Ais krim yang Dalila makan tu perisa coklat dari HPA..sedap tau..memang rasa lain dari ais krim coklat brand lain. Kalau harga ahli, RM8 untuk turpawere besar, dan RM4 untuk turpawere kecil. Try lah kalo lum pernah rasa lagi..
 


photobucket

Saturday, July 10, 2010

@ Cabutan Bertuah @ QisFa Enterprise


Nama: Ibu Arifa
Email: ibuarifa[at]gmail[dot]com
Hadiah: Kategori B
Referre : aten


Giveaway ni dianjurkan oleh kenalan blog saya yang dah beberapa kali bertentang mata...iaitu Fatin. Dah anggap Fatin ni macam adik sendiri dah pun...lagi pun sayakan anak bongsu.. tak de adik nak di berleterkan. hihihi..sorry yer Fatin.

Melalut pulak..entry nak tulis pasal GA kat blog perniagaan dia. Ada dua jenis hadiah yang bakal jadi rebutan iaitu :
Kategori A: Produk Bayi
atau
Kategori B: Produk Tuppaware

Okey lah..sila lah klik banner diatas  dan di side bar blog saya kalau nak join jugak GA ni.. 

Jangan lupa tulis nama saya (Ibu Arifa) sebagai referer anda ya!!


Tarikh tutup GA ni: 26 Julai 2010

photobucket

Friday, July 9, 2010

@ Cute Baby With Toy Contest

 Nama anak: Arifa Dalila
Umur: 21 bulan

Wah..contest yang dianjurkan oleh Suziey dan Malina ni dah sampai ke season 3 yer..TAHNIAH  yer korang!! Untuk kali ni..butik online AiVee Emart pula sebagai penaja hadiah. Bestkan..

Sila klik banner dibawah untuk butiran selanjutnya..


banner penaja hadiah untuk season 3


" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM"


photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...