nak join? klik banner ni yer

Friday, October 30, 2009

@ Baby in Romper Contest

Kali ni nak join pulak contest yg di anjurkan oleh kenalan lama Ibu (kenal sejak di blog lama lagi ni) iaitu KAKNGAH. Orang N9, memiliki kedai online iaitu 3A's Collections dan mempunyai 3 org anak lelaki iaitu Adam Syaqir, Adeeb Syahir dan juga Adeif Syarir. So, semperna birthday Adeeb yg akan tiba tak lama lagi, Kakngah pun dgn berbersar hatinyer menganjurkan contest BABY IN ROMPER ni. Ibu pun suka tgk Dalila pakai romper, kemas jer tgk pakai mcm tu.


Nama: Arifa Dalila
umur 1 tahun 1bulan


Gambar ni pulak adalah aksi2 selingan semasa proses mengambil gambar mlm tu, gambar tak clear sgt sbb Dalila gerak2.


aksi ganaz Dalila yg belum pernah Ibu tunjuk di blog..hihihi

Aksi manja2 sambil lentok2 kepala...amboi..



Kepada yg berminat nak beli CD , legging dan romper..boleh melawat ke kedai online kakngah ni 3A's Collections.




Tarikh tutup contest ni: 24 Nov 2009


Photobucket

Thursday, October 29, 2009

@ Tolong Doakan utk baby Akma

Assalamualikum,

Di sini Ibu nak minta tolong kawan2 Ibu semua untuk sama2 MENDOAKAN kesihatan baby yg bernama SHARIFAH AKMA DAMIA, anak salah seorang kenalan blogger Ibu yg bernama Fiza. Baby Akma kini sudah ditahan di dalam ward sejal 26 Oct yang lalu kerana KEKURANGAN DARAH BEKU atau Darah Kuning dalam badan. Yang sedihnyer umur baby Akma hari ni baru 39 hari.


Jadi, Ibu ingin memohon jasa baik kawan2 blogger semua untuk sama2 MENDOAKAN kesihatan baby Akma ni, akan kembali sihat dan dijauhi perkara2 yg buruk. Berilah kata semangat dan sokongan kepada Fiza sekeluarga. Kasihan Fiza, masih dalam berpantang lagi sekarang.

Untuk mengetahui kisah berkenaan baby Akma..silalah klik DI SINI.

Segala usaha baik anda semua..Ibu dahulukan dgn ucapan jutaan TERIMA KASIH.


Photobucket

@ Zhaneez-Craft GIVEAWAY

Ini ada lagi satu giveaway yg paling mudah nk join.. hanya buat entry giveaway ni pastu tinggalkan link entry td tu diblog penganjur (saudari Anis yg cun melecun tuh).

Nak tau hadiah ape pulak utk GIVEAWAY kali ni?


Ini lah hadiah yg menjadi rebutan pada kali ini.. cantikkan..
Bukan dapat satu saja...tapi dapat ke-TIGA-tiga sekali tau..(kalau menang lah)

sesuai sgt lah utk Ibu2 yg suka menghias anak mcm Ibu ni.. so, jom lah kita memeriahkan GIVEAWAY ni.



Tarikh tutup: 31 Okt 2009






Photobucket

Wednesday, October 28, 2009

@ Kasut baru Dalila

Dek kerana Dalila sedang SYOK BERJALAN skrg...Kasut pertama Dalila yg pernah Ibu ceritakan di entry ni dulu dah koyak minggu lepas, lasak + rajin sangat dia nak pakai kasut tu sampaikan dlm rumah pun..kalo dia ajak Ibu pimpin dia bertatih..sure dia minta kita pakaikan kasut dia dulu (w/pun dalam rumah). Kadang2 tu, sampai nk tidur pun tak mau buka..(punya lah syok berjalan).So, hari Sabtu 24 hb yg lalu kami pun ke Qsbay Mall, untuk belikan Dalila kasut baru.



Ini kasut ke-2 Dalila

Kasut lama dah terkoyak


Bergaya dgn kasut baru--kasut ni pun sama juga :P ..24 jam nak pakai jer kasut nih. Tak mau buka2




p/s: Ikutkan hati nak letak gambar terbaru Dalila byk2..nk kasi Abah (kt S'pore skrg) bertambah rindu kat Dalila bila baca blog Ibu ni...hihihi



Photobucket

@ My Funniest Baby Contest

Ternampak pulak contest My Funniest Baby Contest ni di blog kawan2 td, rasanyer nk join jugak. Contest ni anjuran UmiDanish bermula 20 Okt sampai 13 Nov 2009. Yang menariknyer contest UmiDanish ni adalah kerana terdapat 3 sponsor2 yg best2 belaka iaitu:

Sponsor 1: BabyUmiShop
Menjual cloth daipers, Nappy Wet Bag, dan Loundry Bag yg berjenama LUNATOTS yg memperkenalkan Skim KUTU Cloth Daipers bagi menggalakkan lagi kaum2 Ibu diluar sana mencuba/menambahkan penggunaan cloth Daiper dalam koleksi masing2. Disamping itu juga, ada di jual barangan TUPPERWARE, SET HERBA IBU BERSALIN, BIO AURA WATER FILTER serta MINUMAN HERBA yg baik untuk kesihatan.

Sponsor 2: IT@RLiiT'S BoutiQue & Beauty Centre
Butik online ni pula menjual barangan berjenama EUMORA, pakaian wanita dan juga AIR ECPI.

Sponsor 3: Moms & Baby Shop
Di kedai sponsor ni pula menjual Cloth Daipers yg berjenama BABYLAND, SUSU HI-goat HR serta JUS MATTE 5.

Dan, untuk kali ni, Ibu memilih gambar ini, yg diambil semasa kami di UUM. Rasa mcm kelakar jer tgk dia buat muka gitu..

Nama: Arifa Dalila Mohd Fadli
Umur: 1 tahun 1 bulan
Kategori : A


Tarikh tutup contest ni adalah 13 Nov 2009.


Photobucket

Tuesday, October 27, 2009

@ Al Kisah- Dalila masuk wad

Entry ni dah lama terperap dlm post memandangkan tahap kemalasan nk update blog paling memuncak kebelakangan ni. Entry ini juga adalah rentetan beberapa entry sebelum ni, kes Dalila cirit- birit (hujung bulan Sept), pastu awal Okt pula, ada sedikit lendiran darah dalam yg bercampur dlm najis nyer.. lendiran tu pun warna light2 pink gelap-merah gitu..bukannyer merah fresh mcm darah kalo jari terluka tu.

Memang agak terlambat juga Ibu mempublish kan cerita ini, disebabkan Ibu ingin betul2 memastikan kesihatan Dalila sudah pulih sepenuhnya dan menantikan follow up (19 Okt) dgn Doct after 1 week lepas discas (11 Okt). Alhamdulillah.. Dalila dah sihat, semua sudah kembali normal, TIADA lendiran darah lagi sampai ke hari ini.

Jadi ingin Ibu ceritakan disini, pengalaman Ibu, keli pertama menemani Dalila tinggal di wad selama 4 hari. Masuk hari Khamis ptg (8hb Okt) di Hospital Pantai yg berhampiran dgn rumah Ibu ni.


Pada ptg Khamis (8 Okt) hari berkenaan, Dalila aktif mcm biasa saja, (siap leh ambik gambar dalam walker utk contest ni lagi) makan pun macam biasa jugak.. cuma ada mcm sikit ketumbit jadi kat mata kanannyer..lebih kurang pukul 2 ptg gitu, terbau mcm dia berry jer, so check daipers, comfirm! dia dah berry..bwk lah gi tandas utk basuh, buka2 daipers tu Ibu terkejut tgk lendir darah tu makin bertambah...biasanya (2-3 hari sebelum nya-- hanya 1-2 lendir.. tp ptg tu dah jadi 4-5-6 lendir darah dah pulak...apalagi cepat2 basuhlah berry Dalila.. ( masa tu..Dalila still seronok dpt main air paip mcm biasa-tak menangis langsung) Call Abah bgtau ttg tu... tak lama pastu Abah balik terus kami bawa Dalila ke Hospital Pantai, bawak sekali dgn daipers yg ada darah tu.. Jumpa pead bernama Dr.Hasanah..time mula2 masuk bilik doktor tu, Dalila siap 'bertegur' dgn doct dan nurse2 di situ lagi, bila Dr. Hasanah tu dah start pegang2 dia..baru dia start nak menangis...hehehe.

Dah check semua, xde apa2. Doct cakap kemungkinan alahan dgn susu lembu-boleh menyebabkan berry berdarah juga, Ibu pun bagitau yg Ibu still full BF Dalila, tp seingat2 Ibu, haritu ada Ibu kasi Dalila makan dadih (yg dalam cup) masa gi open house baru2 ni...ada susu lembu kot dalam tu..entah lah

So, Doct ambil 2 sample berry Dalila yg Ibu bawa tu untuk di buat ujian di makmal.. satu untuk test "rotaVirus" dan satu lagi untuk test kuman yg lain. Result mngkin akan keluar esok (Jumaat) atau lusa (Sabtu). Pastu doktor cadangkan nak admit Dalila ke wad..untuk memudahkan pemantauan. Lepas jumpa Dr. Hasanah..kami kena bawa Dalila ke bahagian ultrasound, nk scan kot2 ada apa2 yg abnormal dalam perut. Result ultrasound- Doct bagitau ok, semua normal saja. Lepas tu ke kaunter pendaftaran semula, nk daftar untuk admit ke ward.

Ni adalah f1st time Ibu masuk ward kat Hosptal Pantai. Mujur kat sini semua company Abah yg cover, dapat bilik single, selesa ya amat kat hospital ni, makanan yg di hantar pun mabeles sgt2...semua sedap2! Malam tu Ibu tidur dgn dalila lah di hospital.


masa mula2 masuk bilik- happy jer dia bermain atas katil, tak tau apa2 lagi nih..

Ibu kena umpan Dalila dgn hp..sbb nurse nak pakaikan tag kat kakinyer

Ini lah tag Dalila tu..



Esoknyer (Jumaat), Dr. Hasanah datang check pagi2, Dalila nampak muka doct..terus cakap.."ak mau..ak mau" sambil geleng2 kepala..Doct cakap buat masa skrg..continue antiboitik dan probiotik dulu..sementara nak tunggu result najis Dalila tu siap..Dia cadangkan untuk buat ujian ke atas darah Dalila sebab kemungkinan ada infaction sbb pada pagi tu kelopak mata Dalila merah- makin bengkak..telinga pun mcm tu jgk.

mata dan telinga Dalila yang bengkak

Tak lama selepas tu..berperanglah Dalila dgn doct dan nurse2 masa nak ambik darah. Ibu pun masuk juga untuk bantu pegang Dalila semasa proses ambik darah tu, nurse bedung badan dan tangan kanan Dalila dgn kain pastu pegang tgn kiri Dalila (yg akan doct cucuk dgn jarum ambik darah tu). Dia meraung dan meronta time..sampai doct ckp tak pernah lagi jumpa baby umur 1 tahun yg sebegini kuat kudratnya. Nurse2 pun sampai merah2 muka menahan/menekan gerakkan badan Dalila nih. (sampai tag kat kaki Dalila leh tercabut) Kesian Dalila....kesian jgk kt doct dan nurse2 tu :P

Dah siap ambil darah...Ibu bawa Dalila pujuk sambil bg susu dalam bilik...pastu dia terus terlena.


Beginilah rupanya tgn yg dah diambil darah tu...berbalut sebegitu untuk menyembunyikan tiub nk masuk ubat/antibiotik.

Bangun tidur terus ceria seperti sediakala...macam tak sakit pun. Dah boring main atas katil..dia ajak turun katil, dok suruh Ibu pakai tudung,,,nk keluar lah tuh..jumpa nurse kat luar... terus geleng2 kepala... sambil cakap ak mau..ak mau...apa yg tak maunyer tu tak tau lah.. petang Jumaat tuh...Dalila berry 1 kali jer aritu..tp ada sikit2 lendir darah lg dlm daipers dia, so Ibu panggil nurse tgk...kot2 diorg nk rekod/nak ambik sample lagi ker. Bila malam pulak sibuk nk ajak ibu dan abah bertatih....dah lah lama --Ibu kena lebih membongkok dari biasa pulak tu..sebab perlu pegang pada lengan Dalila, sebab kat belakang tapak tgn ada balutan tempat ambil darah siang td....risau kawasan yg bertiub tu sakit jer.


Sabtu, Pagi2 lagi Dr. Hasanah dtg bgtahu ada jangkitan kuman dalam darah..dan result -ve untuk ujian sample najis Dalila- pendarahan tidak disebabkkan oleh "rotaVirus". Ibu tak ingat pulak kuman apa..dok sibuk memujuk Dalila menangis sebab tak mau di periksa oleh doktor. Rasnyer doktor bgtau ujian untuk kepialu pun -ve jugak. So,Dalila still continue antibiotik dan probiotik seperti biasa. Kena tunggu dia berry utk hari ni pulak.
Yang bestnyer hari ni Dalila ada dapat jambangan bunga...dari pihak hospital, so sudah tentu Ibunyer yg ter'over' excitet..hehehe..ni kali pertama dapat jambangan bunga bila masuk ward... petangnyer Dalila berry 1 kali-dah tak de darah dah.

Malam nyer pulak nurse dtg seperti biasa untuk masukkan antibioti melalui tiub di tangan Dalila, memang dia menangis2.. tp nurse cakap tangan Dalila yg bertiub tu mcm bengkak sikit...ibu pun perasan juga sebelum ni perkara yg sama..so, nurse cuba check balik sama ada tiub tu dah tersumbat atau tidak..dan...hasil pergelutan Dalila dgn nurse2 tu..sampai semua dah tertanggal habis dah...nasib baik antibiotik semua dah sempat masuk dah untuk dos time tu..next dos sok pagi...tp Ibu minta tukar ke antibiotak yg jenis oral..kesian pulak kalo Dalila di cucuk sekali lagi kalo tak boleh ambik yg oral punya antibiotik..so, tak lama pastu tu, nurse datang inform, doct kata boleh tukar ke antibiotik syrup -oral taken..alhamdulillah..

Ahad Doct Datang check lagi pagi tu, dia kata harini dah boleh discas dah...mata dan telinga Dalila pun dah tak merah dan bengkak lagi...berry Dalila pun dah tak berdarah lagi. Alhamdulillah.. jam 11 tgh hari kami pun check out dari Hospital Pantai.


Pose sebelum keluar wad...Alhamdulillah. saya dah sihat!

Keputusan: Doktor cakap Dalila dapat infaction mata, telinga dan perut. Nama penyakit tu Ibu tak ingat...dia cakap kalo mata Dalila jadi bengkak lagi/ketumbit, datang hosp ambik antibiotik.
Skrg tgh proses clain insuran.





p/s: Hari ni (27 Okt) Abah masih ada kat S'pore..ada training until hari esok..
we miss you Abah!!


Photobucket

Thursday, October 22, 2009

@ Berita Sedih dari Sahabat Ibu

Berita ini Ibu dapat dari Zaza, sahabat Ibu dari yg berada di kepala batas, p.pinang melalui entry terkini di blognyer..salah seorg rakan blogger kita (bersahabat dgn Zaza) sudah kehilangan anak sulungnyer (Nur Fatimah) yg telah kembali ke rahmatullah pada hari ni, Khamis, 22 Oct jam 6.20 pagi td. Al-fatihah buat keluaga Kak Khadijah..semoga mereka dikurniakan kekuatan untuk menghadapi dugaan ALLAH ini.

Bagi yg belum mengetahui kisah ini, ibu ceritakan serba sedikit kisah baby yg bernama Nur Fatimah ni. Baby ni baru berusia 3 bulan, telah disahkan terjatuh di nurseri, kerana ada 2-3 tanda di kepalanyer...kemudian koma selama 2 minggu dan hari ni sudah pergi untuk menjadi penghuni syurga.

*************************************************************************************
Untuk membaca cerita selanjutnyer boleh ke blog zaza , dan untuk memberi kata semangat atau mengucapkan ucapan takziah juga boleh ke blog Kak Khadijah.
*************************************************************************************

Ibu nak pinjam kata2 dari blog zaza nih..boleh yer zaza..

" Hantar anak ke nurseri ke, pengasuh ke, atau dalam jagaan sendiri..musibah tetap boleh berlaku kalau Allah dah tetapkan. Yang penting, tawakkal kena tinggi pada Allah..hantar ke rumah pengasuh pun, yang 'jaga' dia adalah Allah.."


Bersyukurlah kawan2 Ibu yg mghantar anak masing2 ke pengasuh, taska, nursery setiap hari kerana anak2 kita sentiasa dilindungi Allah dan semoga kejadian sebegini dijauhkan dari kita semua.
Diharapkan penjaga2 anak kita tu betul2 AMANAH dalam menjaga anak2 kita setiap hati.



p/s: Sedih dan sebak nyer Ibu rasa skrg..w/pun tak pernah bersua tetepi sejak menjadi Ibu, naluri sungguh cepat tersentuh berkenaan baby/anak nih..yer lah selalu kita keluar shopping pun bahagian mana yg kita tuju...sure bahgian pakaian baby/anak kan.. biar mak bapak tak bertukar baju.. asalkan anak dapat berbaju baru dan cantik selalu DI MATA KITA...(Ibu selitkan rasa simpati buat akak Ciutmiut juga..) SENTIASA SIHAT DISAMPING KITA.


Diharap kak Dijah, tabah menghadapi dugaan dr Allah ini. AL-FATIHAH.

Photobucket

Wednesday, October 21, 2009

@ Konvokesyen Acu

Pada 3 Oct lepas, Ibu sekeluarga ke UUM untuk menghadiri majlis konvokesyen Acu iaitu adik Abah yg 2nd last. Acu baru habis belajar cos finance kat sana, dan sekarang dah berkerja dgn salah sebuah bank yg terkemuka di negara kita ni, TAHNIAH ACU..

Memandangkan hari tu sekejap hujan..sekejap ok pada mulanyer..dan bertambah lebat bila ke petang, so tak banyak gambar yg sempat di ambil pada ptg hari tu bersama Acu.

Inilah Acu Dalila, cantikkan Acu saya ni...


Gambar satu family yg hadir...makcik Gee sekeluarga jer yg tak dapat hadir..Fa'iq demam.
Dalila tak mo tgk kamera w/pun yg tukang ambik gambar tu Ibu dia sendiri :P



Ni sebenarnyer semua org tgh berteduh dari hujan ni..depan dewan MAS. Sesak! Kebetulan pulak Sutlan Kedah baru lepas berangkat keluar dewan masa tu... tak sempat nak ambik gambar baginda.


Dalila Dan Kak Fatin

Hujan dah reda-kami pun bergambar2 sambil tunggu Acu dan MIL keluar dewan.


Dua beranak yg suka bergambar :P

Sampai2 UUM dh tgh hari, we all berpicnic dulu kat parking kereta, makan tak sempat habis ..hujan turun...larik masuk kereta!!!



Pose sebelum nak pergi ke dewan MAS...muka senyum sbb perut dah kenyang :P



p/s: hari ni Dalila dah ke injection untuk umur 1 tahun, harap2 dia tak demam.


Photobucket

Tuesday, October 20, 2009

@ Baby in Gown Contest

Kali ni nak join plak contest Mamaalieya a.k.a Miera. Dah lama nk join contest Miera ni cuma dok menunggu foto terkini dlm kamera hubby jer..Smlm dah upload, so harini leh lah buat entry untuk contest ni..Baby in Gown Contest.



Nama Baby: Arifa Dalila
Umur: 1 tahun 1 bulan
Tarikh Lahir: 23 Sept 2008


Gambar Dalila di atas di ambil pada awal bulan Oct, semasa menghadiri konvo Acu nyer di UUM.
Sementara menunggu majlis konvokesyen tu habis.. kami anak beranak sempat lah bergambar. Nanti Ibu citer next entry yer..entry kali ni kena fokus untuk contest dulu.
Dalam gambar yg dipilih diatas, Dalila sedang 'menari' sambil Ibu bertepuk2 tangan. Memang tak de satu pu gambar yg dia tgk kamera masa tu...tak pe yer Miera.. akak semangat nak join jugak! hihihi

Semua syarat2 rasanyer dah penuhi:
dah jadi follower
dah add link blog beliau kat bloglist
dah letak banner yg ber'link'
dah tinggalkan entry kat blog beliau

So, akhir sekali nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR pada Miera pd 28 Oct nanti. Semoga panjang umur, dimurahkan rejeki, dan berbahagia di samping keluarga tersayang.

Tarikh tutup contest ni pada 28 Oct 2009.

Monday, October 19, 2009

@ Simple Sewing- My 100th Post GiveAway

Assalamualikum..
Maaf beberapa hari lepas, penyakit 'M' dtg melanda.. Ditambah pula dgn suasana berdentam-dentum bunyi mercun kesukaan yg tak kira waktu tuh..terasa macam nak melompat tiap2 kali ia mengejutkan kami sekeluarga..Nasib baik sambil2 menjengah ke blog kawan dan bercucuk tanam di Facebook Ibu terjumpa satu giveaway yg menark ni...kire blog ini lah yg berjaya memecahkan/menghilangkan penyakit 'M' Ibu tuh!
Blog yg dimaksudkan adalah:

SIMPLE SEWING
dengan tajuk GIVEAWAYnya
MY 100TH Post GIVEAWAY

Tahniah yer Kak Sharifah sbb dah sampai ker post yg ke -100 :)
Semoga Kak Sharifah sekeluarga semakin dimurahkan rezeki dan di permudahkan dlm semua pekerjaan...aminn..


Selamat Hari Lahir juga diucapkan kepada Ibu Kak Sharifah pada 22 Oct nanti..semoga beliau di panjangkan usia..di berikan kesihatan yg baik dan dilindungi Allah sentiasa.




Tarikh tutup giveaway ni adalah pada 21 Oct 2009 ni.





Saturday, October 17, 2009

@ Jamuan kecil-kecilan

Pada 26 Sept yg lalu, Ibu plan nak buat majlis secara kecil-kecilan utk birthday Dalila, kire sekali lah dgn jamuan hari raya lah..(tak mo sebut open house, sbb jemputan adik beradik terdekat saja).
Nak tau Ibu masak pe aritu? ha..korang jgn jeles.. Ibu masak SIZZLING MEE.

gambar ni pinjam dr blog org...yg Ibu masak tak sempat ambik gambar..

Sebenarnyer...ni kali pertama Ibu try masak sizzling mee..kire boleh tahan jgk lah rasanyer. Ambik resepi kat my-resepi jer aritu. Try2 menjadi...kalo tak menjadi kena call KFC/Pizza Hut lah jawab nyer..hehehe..

Ini juga merupakan jamuan kali pertama di rumah sewa yg kami tinggal skrg. Dah dekat 2 tahun duduk sini pun :P. Acara haritu, bermula jam 4 petang...family abg Ibu a.k.a Pak Long Dalila yg tinggal di Sg. Puyu datang. Tak ingat langsung nak ambik gambar masa tu. Adik beradik sebelah Abah pula...datang jam 6 sampai ke 8 mlm.

Para tetamu yg hadir- Thanks!


Bersama sepupu2 Dalila
Dari kiri; Fa'iq, Faqihah, Dalila, Fatin, Aqif serta baby Qayyum.


Acu dan Paksu- Dara & teruna pujaan keluarga Abah nih..

Mee yg Ibu masak tak di hidang atas 'hot plate' pun..guna pinggan biasa saja. So, telur kena masak atas dapur siap2 baru dihidangkan...kalo tak-risau mentah lah telur tu. Kuah pulak..2 kali masak kuah mee tu...habis dan tak cukup. Dah masak sendiri, byk lag aksesori leh Ibu letak...seperti ayam, cendawan tuh.. Sape hantu sizzling mee jugak...leh la try resepi ni.


p/s: perasan tak...dalam pic tu dah ada tulisan...hehehe...baru belajar buat nih...reti guna photoshop jer..

Friday, October 16, 2009

@ Sedang Berlatih Berjalan

Hehehe...sebenarnyer video ni di rekod pada malam hari Rabu (14hb) selepas Ibu ambik gambar Dalila dgn hadiah birthdaynye (yg telah diceritakan pd entry kelmarin). Tak sangka juga Dalila boleh ulang bertatih non-stop sebanyak 4 kali, Bila dia sampai kat Ibu, Ibu angkat balik dia kat depan TV suruh dia bertatih lagi...sambil tu kena lah pancing dengan nyanyian merdu bak buluh betung Ibu tu...baru dia mau bertatih.. patut lah berat badan dia naik sikit jer minggu lepas...8.6kg jer...nak berjalan yer..

Sempat upload 2 video saja, lama bebenor nak menunggu upload ni pun!


video



video




p/s: to Aten: tu CD aten tu...Dalila sdg pakai...hihihi

Thursday, October 15, 2009

@ Hadiah Birthday Dari Abah

Ptg Ahad 11 Oct baru ni, Abah ajak gi belikan hadiah birthday Dalila kat Toy R Us..kat Qsbay Mall lah.. kat sini jer kedai Toy R Us yg paling dekat dgn umah kami pun.. lama jugak memilih... tak tau nak belikan apa untuk dia..kalo kasi dia try main kat situ...semua dia suka..semua dia nak tekan2.

Last2 Abah cakap ambik yg ni yer lah...dgn harapan anak dara dia ni cepatlah dapat berjalan nnt. Meh lah kita tgk apa yg Abah belikan tu..


Inilah hadiah tu...si Alex de Lion..


Posing sikit kat Alex tu..


kadang2 dia suka tolak sebelah tgn jer...eksyen yer..

Bila sentuh hidung Alex..akan keluar muzik...

Selain boleh dibuat push walker...Alex juga boleh di tukar utk membolehkan Dalila naik dan duduk di belakangnyer..


p/s: Aten pun ada kasi hadiah juga buat Dalila...terima kasih Acik Aten..Dalila selalu guna sampai Ibu tak sempat nak ambik gambar cd tu.



Tuesday, October 13, 2009

@ Cutest Baby In Walker Contest

Assalamulaikum...terasa mcm lama bebenor tak menulis blog..ada "hal" yg berlaku sejak Khamis lepas...Ahad (11hb Oct) baru balik umuh...next entry Ibu citer "hal" tu okey..this entry nak join contest Kak ORKED..melalui blognyer ometomeiorked.blogspot.com
Tak kenal lagi dgn Kak Orked ni, harap pasni kita akan lebih saling mengenali ya kak Orked..

Contest yg dianjurkan oleh beliau adalah..Cutest Baby in Walker Contest..semperna birthday anaknya Nur Aqilah Insyirah utk kali ke-2 pada 23 Oct ni... Happy Birthday Aqilah!!


Untuk kawan2 blogger yg lain yg berminat untuk memeriahkan contest ni..bolelah menjengah di blog Kak Orked ni, atau klik saja pada banner contest di atas dan juga di sidebar blog Ibu ni..bg mengetahui syarat2 penyertaan.

Bagi Ibu..ini memletakkan gambar terbaru Dalila yg Ibu ambik sebelum "hal" itu terjadi pada 8 Oct baru2 ini.

Nama anak: Arifa Dalila
Umur: 1 tahun

Antara syarat contest; Nyatakan pendapat anda tentang walker tersebut (baik dan buruk)

Pada pendapat Ibu, pada mulanya Ibu memang tak berapa suka Dalila menggunakan walker..memang tak de plan nak beli pun untuk Dalila, tapi disebabkan susah nak kasi Dalila makan dan nak elakkan Dalila asyik nak 'berdukung' jer dengan Ibu..Ibu pun belikan juga walker ini padanya..Walker ini Ibu beli semasa umur Dalila 6 bulan di Jusco, Qsbay (ada dalam entry ni.).Alhamdulillah, sampai kehari ni, tiada lagi pengalaman buruk tentang walker tersebut. Paling sakit pun kaki Ibu kena langgar dgn walker tuh..almaklumlah..pemandunyer lesen 'L' lagi. Pengalaman manis pulak, bila Ibu senang nak buat kerja2 rumah bila dia mahu duduk sekejap dalam tu, senang nak bg makan.. dan senang nak ambik gambar Dalila sbb dia sedang posisi duduk.

Bagi Ibu penggunaan walker tidak memjamin anak kita akan cepat berjalan, tetapi memberikan satu pengalaman yg baru bagi mereka...yelah kan sebelum ni asyik baring, meniarap, dan bergolek2 dan merangkak saja...tapi bila diselang-selikan anak kita (letak dalam walker ) bagi anak kita tu try explore dunia menggunakan walker..tentu mereka belajar sesuatu yg baru..paling kurang pun belajar mengenal ransangan kaki sendiri, atau belajar berdiri sambil berpaut pd walker. Penggunaan walker juga MESTILAH dalam pengawasan ibubapa atau penjaga...sebab boleh mengundang bahaya jika dibiarkan anak bersendirian didalamnya. Anak kita mungkin lebih senang mencapai sesuatu dan memasukkannya ke dalam mulut, atau menyentuh barangan elektrik dsb.




p/s: To Miera: Kak Min 'hutang' jap contest miera yer..gambar terbaru berbaju gaun ada dalam kamera asben...ku tak berani nak memandai kacau kamera dia..

p/s: to Fara: aku nampak kad raya ko dalam blog Kak Orked nih..jelesnyer :P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...