nak join? klik banner ni yer

Monday, July 27, 2009

@ Hari pertama dan kedua di sek

Hari jumaat lepas merupakan hari pertama Ibu melapor diri di sek menengah tu. (korang tak yah tahu yer sek menangah mana..kang femes lak blog Ibu nih) Dalila dah dihantar ke rumah MIL pagi tu..okey jer dia dgn MIL.. tak meragam pun nak ikut Ibu dan Abah naik kereta.. alhamdulillah lah.. Sampai sekolah jam 7.30 pagi. Pergi cari pejabat sekolah tu..mujur di tingkat 1 saja. Jumpa kerani..kerani suruh jumpa pen.kanan sek..bila Ibu tgk nama dan wajah dan pakaian-bertudung labuhnya tuh..seiras cikgu Ibu sewaktu sek menangah dulu2..cikgu tu ajar matematik..form 5. Tapi buat biasa2 jer lah..terlalu awal nak tanya benda2 macam tu kan..

Dapat jadual mangajar..ganti cikgu H yg cuti bersalin. Sah lah Ibu kena ajar matapelajaran Kemahiran Hidup form 3 dan Sivik form5. Form 3 kena ajar 4 kelas, form 5 pun 4 kelas jugak..hohoho.. pening makcik pasni Pas jumpa pen.kanan..kena gi cari cikgu Ketua Bidang pulak...cari sujek Kemahiran Hidup (KH) dulu..pastu kena cari guru Ketua Panitia pulak..lepas dengar penerangan darinya..kena cari cikgu KH yg mengajar/menggantikan cikgu H-sebelum kehadiran Ibu)

Macam gelak jer bila dgr kena KH form3 kena ajar 2 aliran..dua kelas ERT dan dua kelas lagi Perdagangan. Yang ERT tu..cikgu panitia tu ckp sambung topik"cara membuat kek" adoi!! makan kek Ibu tau lah..buat- sekali pun TAK PERNAH :P.. tak pe2 relex..nanti Ibu bg teori jer lah kot dlm kelas. Yang kelas perdagangan tu..Ibu baru ajar Konsumerisme..tulis nota suh diorg salin jer...hihihi..

Hari kedua di sek (Isnin 27/7/09)

Hari ni sampai lewat..punch kad dah kaler merah dah..lewat 4 minit.. ada perhimpunan pulak depan tu...aisyehh..lambat kat trafik light kat simpang empat tu lah...jem.. kelas ari Isnin Penuh giler..break pun 1 waktu jer. Dah lah sampai2 PK HEM nak jumpa...pasai apa lah pulak nih..dah lah hari ni jadual 'pack'..masuk kelas form 3..buat2 cam reti lah ajar nak buat adunan kek dan biskut..(ikut buku je..bukan memandai2) pastu bagi nota sikit..siap. Kelas paling "dasyat "hari ni adalah mengajar form 5( kelas no 6..iaitu 2nd kelas tercorot-semua ada 8 kelas form 5) Haaa..punya lah ramai pelajar cina (lelaki) kelas ni...sembang bagai kat pasar lah dgn irama/melodi diorg tu..Ibu/cikgu masuk bukan nak heran...Ibu dah siap p dekat2 dah tegur suruh keluarkan nota..cakap Ibu nak bagi suruh salin nota Pendidikan Sivik. Diorg buat tak tau jer..sembang gitu jgk.. Cikgu baru lah katakan..muda plak tuh..mana mereka nak takut.. pelajar perempuan melayu ada lah 3 org dalam kelas tu..yg tu lah penyejuk hati ibu selama 2 waktu dlm kelas tu.

Dah abis kelas menagajar...ke office lak..kena cari PK HEM tu plak..Ibu disuruh ambil alih kelas yg cikgu H dulu- jadi guru tingkatan form 5 (kelas paling last-tercorot)..dah plak ada sorang pelajar nak kena buang sek..dia dah 78 hari (bukan berturut2-sejak januari) ponteng sek. Dah kena urus plak surat2 menyurat/ call parent budak lelaki melayu nih. Settle semua..sekali kena 'date' plak dengan Pengetua..sejak masuk mengajar..lum pernah lagi bersembang/perkenalkan diri dgn pengetua lagi..sampai lah jam 3.30 ptg..terus call teksi..balik umah MIL ambik Dalila..

Pam susu sambil sebelah lagi menyusukan Dalila..dapat lah 3.5 oz lebih..alhamdulillah..kat sek tadi pun pam jugak..dapat 3.5oz jugak..Ni dia dah tidur ni..so sempat lah update blog Ibu yg dah mula nampak bersawang nih.

aktiviti hari Ahad lepas..bawak Dalila jejalan di taman



Thursday, July 23, 2009

@ Alhamdulillah..Dapat kerja

Tadi pagi, selepas checkup Dalila (untuk baby 10bulan) kat klinik kerajaan... Ibu dan Abah ker PPD..nak hantar borang permohonan GSTT ( guru sandaran tak terlatih)..dekat sek ren keb Balik Pulau. Sebaik saja bagi borang tu pada kerani kat situ, mereka check2 dokoment yg Ibu lampirkan..mereka suruh Ibu masuh satu bilik..untuk inteview..

ALHAMDULILLAH...Mungkin sebab REZEKI kot kerana pada saat itu SEDANG ADA 1 kekosongan, mereka tanya sama ada mahu tak terima tawaran ni sebab kontrak mengajar hanyalah 1 BULAN sahaja. Sek Menengah yg dimaksudkan itu pun tak berapa jauh dgn area rumah Ibu...kire kalau kena drive sendiri pun- jln nya tak "sesak nafas" lah sgt. Kalau tak terima tawaran ni, mungkin Ibu terpaksa menunggu lagi..mingkin berbulan2 lagi.

Selepas berbincang dgn Abag..Ibu setuju utk TERIMA TAWARAN itu. Tapi apa yang mengejutkan Ibu, Ibu diminta untuk melapor diri pagi esok. Katanya kena mengajar 2 matapelajaran untuk student form 3 dan form 5. Tapi rasanya esok, sure pengetua akan rombak balik nih.. takkan lah guru GSTT kena ajar student nak PMR&SPM..? Kita tunggu tgk saja lah esok macam mana.. Dalila Abah suruh tinggal di rumah MIL sekejap sementara menunggu Ibu balik kerja. Kesian Dalila.. tp mujur dah ada 6 frozen susu Ibu yg Ibu dah stanby hujung bulan lepas (gara2 nak ambik lesen kereta)

Doakan semua berjalan lancar yer esok..






@ MamaPayish GiveAway Contest

Contest kali ni dianjurkan oleh kak Linda/mamaPayish semperna hari lahirnya yg bakal tiba (pada 29 Julai 2009) disamping ingin membuat perasmian pembukaan kedai onlinenya di mamapayish-onlineshop.blogspot.com yg baru dibuka awal bulan Julai yg lalu.

Contest MamaPayish ni akan berlansung dari
20 Julai -29 Julai 2009.

Syarat2 penyertaan untuk contest ni boleh di lihat di sini:
mamapayish-onlineshop



Nama anak: Arifa Dalila
Umur: 10 bulan

1) Kenapa saya harus mendapat MAMAPAYISH GIVEAWAY ini?
Sebab hadiah giveaway mamaPayish ni adalah Cloth Daiper Coolababy AIO & Cartoon Bag (Fungsi mcm WET Bag).
saya tak ader lagi koleksi CD AIO cam ni termasuk jugak WET Beg tu...jadi kalo menang/ ada rezeki saya..leh lah saya try 2-2 barang ni. Dah berkenan sangat bila tgk gambar hadiah2 di bawah ni.


2) Apa yang saya tahu mengenai blog online mamaPayish?
Blog mamaPayish ni baru jer buka..dalam bulan Julai 2009 ni. Barang jualan pertama dalam blog beliau adalah CLOTH DAIPER jenis AOI (all in one).

Jadi, kepada sesiapa yg ingin menambahkan koleksi CD anda secara
PERCUMA
..
bolehlah join contest mamaPayish ini..masih sempat lagi..



TO MamaPayish:

Happy birthday mamaPayish!! semoga dimurahkan rezeki dan panjang umur dan dilindungi Allah selalu yer. dan semoga kedai online MamaPayish bertambah2 maju



Wednesday, July 22, 2009

@ Ada ker tak dak?

Dalila semakin cepat meniru sebutan sesetengah perkatan yg mudah2 sekarang.. kadang2 dia sebut "apa".."awat?".."ada"..hihihi..kelakar jer dgr.
Sewaktu petang..20hb baru2 nih..sempat Ibu rekod Dalila mengajuk sebutan "ada" dan "tak dak"..kebetulan mlm sebelum tu, bateri kamera baru dicas full, so ada lah dua video ni buat tatapan Dalila besar nanti.. dan juga buat kawan2 blogger Ibu semua.

Petang tu, Ibu sedang duduk atas kerusi, dan Dalila dgn sepantasnya cuba nk berdiri -nak Ibu dukong. Sambil2 tu, Ibu buka Astro Ceria, dia suka sangat tgk iklan yg ada lagu...ceria..ceria.. ceria dunia ku...(ada benda warna warni putar2 tuh) Hari tu plak biskut "baby bite" Dalila dah habis tgh hari td...malam nnt baru plan nak kuar p beli. Ibu dah tunjuk dah kotak biskut tu dah kosong.. sambil bgtau..tak dak (sambil pusing2 tangan Ibu-tanda biskut dia dah habis-hanya kotak kosong je)

Sedang dia memanjat tu, dia ada sebut..mamamm..mamam..so Ibu cakap lagi kat dia..biskut dah habis..nnt malam kita gi beli..dia dok ulang cakap "ada" "ada"..beberapakali. Tengok tepi ada kamera..cepat2 lah Ibu rakam video...



video

sambil cakap..sambil nak tgk tv


video

dah nak bebal bila Ibu tanya banyak kali..tapi tak dukong2 jgk lagi..
sambung balik tgk tv jap- tgh iklan lah tu.





Tuesday, July 21, 2009

@ Injection Vaksin Pneumokukus -1st dos

Hari Sabtu (18hb Julai) lepas..Ibu bawa Dalila gi ambik optional immunisation injection kat klinik KIDS-CARE Children Specialist Center..kat area Lip Sin, Sungai Dua tu. Sebenarnya Ibu baru jer tahu yg ada optional immunisation injection ni dari blog Ummisalsabila dan Ummikhayra, kalo tak kerana mereka.. mungkin sampai sekarang Ibu tak sedar yg immunisation kat klinik kerajaan yg selalu Ibu bawa Dalila gi inject tu, TAK TERMASUK dalam apa yg di list kan sebagai 'optional'. Yer lah..nama pun optional kan..

Masa lahir Dalila(di hospital private) mmg doktor dari klinik KIDS CARE ni yg checkup Dalila dan bagi 1st injection BCG, Hepatitis B, dan Vitamin K...so mmg dah ada buku kesihatan Dalila dari klinik ni. Tapi di sebabkan klinik kesihatan kerajaan lagi dekat dgn rumah (dan juga percuma) Ibu pun bawa Dalila ke situ saja untuk 'complate' kan immunisasi nya. So, buku klinik private ni tak pernah diusik sejak balik ke rumah. Yang selalu ibu rujuk hanyalah kad kesihatan bayi (warna pink) dari klinik kesihatan kerajaan sehinggalah Ibu terbaca blog dan Ummisalsabila dan Ummikhayra...terima kasih yer ummi2 berdua :) W/pun masa tu Dalila dah pun menjangkau usia 7 bulan, (kire dah miss beberapa injection yg optional utk baby di bawah usia 6 bulan)

Semasa checkup dgn Doktor di situ, Dalila sibuk/riuh 'menegur' doktor cina yg sedang memberi penerangan pada Ibu dan Abah..sampai doktor tu tergelak dgn perangai Dalila pada mula2nya.. hihihi..Dalila puas 'bercakap' dan siap buat muka "busuk" dia tu sekali kat doktor..Ibu tutup mulut sendiri jer..tak tahan sgt nak tergelak bila tgk reaksi doktor tu...hihihi. Pastu minta doktor check gigi Dalila, terus Dalila menagis-tak kasi doktor tgk gigi dia..kuat plak tu!

Pujuk2 still tak ok gak..so terpaksa lah doktor inject dalam keadaan Dalila masih menagis. Ini kali pertama dia kena inject kat bontot..selalu kat paha jer. Next injection pneumokukus ni..lagi 2 bulan. Dah siap gi ambik umat demam dan kena bayaran RM 306 sekali ubat demam dan consultation.. (Cost untuk inmunisation ni RM 270 untuk sekali inject.) Dapat lak hadiah dari klinik tu...permainan Anmum.

apa yg ada beg hadiah ni Ibu?

ada mainan lah...Aunty2 semua nak main same?


main sambil makan bubur nasi+bayam+ikan bilis+ mentega--tak habis pun :(

Kepada kawan2 yg nak tahu lebih lanjut mengenai vaksin nih...boleh tgk blog Ummisalsabila dan juga Ummikhayra..(klik pada nama tu yer..Ibu dah buat kat link ke entry yg berkenaan) Ibu ada bertanya pada sister kat klinik gov...mmg diorg galakkan baby gi ambik optional injection ni...katanya "sebagai usaha kita melindungi anak2 kita..risau gak bila diorg pergi sek nnt..dah la skrg ni warga negara asing banyak masuk Malaysia-risau risiko penyakit makin tinggi"


p/s: dalam dok tunggu klinik tu buka (siang->buka jam 6 ptg-9mlm).. sempat gak Ibu dan Abah tgk perlawanan MU lawan Malaysia kat restoran Subaidah..(tgk 15 minit jer kot-pastu terus masuk ke klinik) khabarnyer..ini kali ke2 m'sia berjumpa dgn MU.

@ Alhamdulillah..thanks Nice Craft


Alhamdulilah, Ibu telah memenangi hadiah dari contest blog kak shiela (nice2craft.blogspot.com) yg ibu serta ini hari tu di enrty ni.. "Mr. random. org" telah memilih Ibu sebagai salah seorg dari 5 pemenang..i lap u Mr.random .org..

alhamdulillah & terima kasih Kak Shiela

kerana menganjurkan contest yg best mcm ni..dapat hadiah (tuala) yg boleh disulam kan nama kita tau...suke..suke..

Tahniah juga kepada 4 org lagi pemenang contest ni yang lain.


p/s:makin bertambah semangat lah Ibu nak join mana2 contest lagi lepas ni...hihihi


Sunday, July 19, 2009

@ Ku menagis..sedihnyer

Seperti biasa, bila Dalila dah tidur.. Ibu pun mula lah 'melawat' rumah kawan2 ibu. Plan lepas 'ronda' umah kawan2 ni..nak update lah blog- citer ptg tadi bawak Arifa Dalila gi injection vaksin pnuemokokal kat klinik swasta. Jalan punya jalan..menyinggah di blog kak Rynas jap..dia cakap dia menangis pas baca citer nih.. Ibu pun nak tau jugak aper citernyer tuh?.. Ibu pun masuk lah link yg Kak Rynas tulis tuh..mulancomey.blogspot.com

Rupa-rupanya..memang betul kisah sedih.. Ibu pun menangis bila baca cerita kak Jie (mulan) nih.. Sungguh berat dugaan Kak Jie kali ni, moga Allah bagi Kak Ujie kekuatan dan kesabaran untuk menumpuh dugaan ni dan melalui hari2 yang akan datang..

Kawan2 Ibu semua..marilah kita sama2 beri semagat pada Kak Ujie dan mendoakan kebaikan buat Kak Ujie sekeluarga, diatas apa yang telah menimpa mereka baru-baru ini.


p/s: tak jadi nak tulis pasal injection Dalila td ptg...mood sedih lagi.. nak menangis lagi nih. Teringat gak kat anak Ibu yg kandungan pertama dulu2..firdaus..Ibu sayang firdaus yer!!!..

Friday, July 17, 2009

@ Radix Fried Chicken?

Ibu nak promote tentang Radix Fried Checken (RFC) pulak kali ni sbb rasenyer mcm ada yg belum pernah dengar lagi RFC ni.. RFC ni adalah keluaran HPA (Herba Perawatan Al-Wahida).. pernah dengar tak HPA? kalau iklan kat TV tu, ada mat salleh mintak kopi cakap "mai secawan"- dia nak minum kopi radix la tuh.
Memang baru sekali Ibu masuk dan makan di restoran tu (masa balik kampung Sabtu lepas)... semua warna oren2 jer deko kat dalam tuh..pekerja2 pun pakai tudung oren tau...hihihi.. Makanan memang ala2 KFC jugak tp rasa lagi best dan sedap menu2 yg di sediakan tu. Ayam goreng ada dua pilihan sama ada mau ayam herba atau ayam spicy.. harga pun tak jauh beza dengan yg biasa2 kita makan kat KFC jer.

Wajah restoran RFC di Shahab Perdana -A/Star- (copy dari Web side HPA)

Ini pun Ibu copy kat web side HPA jugak yer..sebagai rujukan kawan2 sekalian:
Cawangan-Cawangan lain yang dijangka dibuka. (tahun depan kot nih)

1. Cawangan Pulau Pinang (hujung March)
2. Cawangan Laguna Sungai Petani (awal april)
3. Cawangan Ipoh (awal april)
4. Cawangan Kulim (awal april)
5. Cawangan PJ (awal mei)
6. Cawangan Bangi (awal april)

7. Cawangan Kluang (awal mei)
8. Cawangan Kuantan (awal mei)
9. Cawangan Kelantan (awal april)

10. Cawangan Kangar (hujung march)

Ibu dah lama berjinak2 dgn HPA ni..sejak kat USM (2001) lagi dah guna produk2 ni. Siap jadi ahli lagi tau. Sekarang Abah pun suka dgn barangan HPA ni...kan barangan buatan org ISLAM.. HALAL pulak tuh.. tiap2 minggu sure gi beli barang kat stokis HPA kat Sunway Tunas, dekat2 area umah Ibu ni. Bulan Julai ni..ada produk terbaru lagi..daiper baby..kami lum try lagi yg nih..kan Ibu dok guna CD (cloth daipers) skrg..mana nak tgk sgt pempers nih..hihihi

Nak tengok apa lagi produk2 HPA yg Ibu selalu beli/guna?



Madu dan kismis untuk Dalila

Madu tu kadang2 tambah satu titik dlm makanan Dalila.. kismis tu pulak kasi dia makan cam tu saja..koyakkan sikit (1 biji) pastu biar dia jilat/kunyah2)


Kopi Radix dan koko Radix

Dua-dua sedap, kat umah Ibu dah lama tak minum milo... mai secawan!!


Ais krim yg tanpa gelatin

Selalu kena ada dalam peti ais nih... ais krim nih.. dah pernah try coklat, jagung, kopi. Rasa perbezaan ais krimnyer dari ais krim yg biasa2 tu....macam lebih lembut jer ais krim nih.


kordial mangga..

dah pernah try kordial kurma HPA jgk..air susu ibu rasa makin bertambah bila minum kordial kurma tu.
Selain ni, kami juga selalu beli AYAM ORGANIK, RM 15 seekor. Ayam organik tu pun best gak, rugi kalo korang tak try.

Thursday, July 16, 2009

@ Tote Boutique Giveaway

Jam dah pukul 4 pagi nih, baru abis kemas umah..sebelum tidur.. saje singgah jap umah Kak As, menengok tote bag yang dah lama Ibu impikan tu...tetiba tgk Kak As ada buat giveaway pulak..kalo bertuah boleh dapat NISA' DIAPERS BAG...suke!..suke!


Ini lah Nisa' Diapers bag tu..cantik kan :)

Ruangan dalamnya..barang dlm bag itu tidak disertakan ye!

Nak menang bag ni perlu meneka berapa biji manik dalam bekas ni.


Ibu nak teka: 783 biji manik

sape2 yg nak join contest ni jugak atau nak beli/oder tote bag...silalah melawat blog Kak As di toteboutique.blogspot.com

Wednesday, July 15, 2009

@ Balik Kampung (Julai 09)

Hari aritu (Sabtu) plan nak bertolak awal pagi, tapi hujan dah teramat lebat sejak subuh lagi, sok-sek sok-sek dok kemas umah/tgk tv sambil menunggu hujan reda..jam 10 pagi jugak kami baru bertolak dari penang...tu pun hujan renyai2..Ibu tak berani nak drive lah..hujan2 cam ni.

Sampai a/star plan nak cari kedai yg jual filter air Dr.sukida tu dulu.. tp alamat dia agent tu bagi..harap kat cik GPS tapi..cik GPS asben tak dapat cari lak tempat tu. sampai ke negeri mana tah jadinyer cadangan cik GPS ni bila kita org key in address yg diberi. Mungkin sbb kawasan tu baru kot, tak de dlm map GPS lagi. Dah beberapa kali agent tu calling2..tp cam susah jer nak cari time hujan lebat cam ni. Ibu mmg org kedah..tp bukan teror sgt jalan2 kat area A/star nih.

Perut hujan2 nih memang cepat lapar..singgah Radix Fried Chicken (RFC) kat Sahab Perdana. Kami lum pernah makan kat sini lagi. Best lah bila masuk dalam restoran RFC ni..sejuk jer mata memandang... semua org 'tutup aurat' jer..damai jer kat dalam tuh...restoran ni pun bersih!! Menu pun tak jauh beza dengan KFC jer.

Menu Ibu tengah hari di RFC

Muka happy ni sbb Ibu kasi makan wedges

Ibu dan anak di RFC Shahab Perdana, A/star.

Pas makan sambung cari balik..calling2 lagi kakak agent tu.. alhamdulillah..jumpa jugak. akhirnyer..this time kena tukar 3 filter- grey, green, yellow.. dekat2 rm 400 jgk lah. Dah 2 tahun guna filter ni.
Yang di carik-carik

Tak sempat nak g kenduri Ibu Ayra (kawan blog) aritu..sbb .Sampai kampung pun dah jam 4 ptg. Tengok kat dapur dah gugur 3 biji durian..pokok tepi umah.

Durian-durian yg gugur di petang Sabtu itu.

Tengok saiznyer..besar kan.

Tuesday, July 14, 2009

@ pernah tgk brand ni tak?

Hari Ahad lepas selamat sampai kembali dari Changloon/Jitra Kedah. Tapi lum sempat nak resize gambor yg di ambik lagi...so, kali ni ni Ibu citer pasal brand getah rambut Dalila nih dulu yer.

Masa beli tak perasan brand tu..tgk harga pun cam OK jer..ambik gi bayar jer lah.. Balik kat umah, tengok jenama TPU pulak (seakan-akan perkataan TIPU). Baru try guna 1 je getah nih..ok jugak..tak de lah sekali ikat terus putus.. (nasib baik tak kena TIPU.. hihihihi)


p/s: Sikit punya kreative kan.. brand getah rambut nih...kagum!..kagum!

Friday, July 10, 2009

@ Pagi tadi..

Pagi ini Arifa Dalila bangun lebih awal dari kami, riuh mulut dia dok kejut kami tidur, sambil nak cuba merangkak melintasi badan Ibu (yg masih baring-mengantuk) untuk ke kepala katil court mahmood Tujuannya adalah nak bangun berdiri sambil nak pegang/berpaut kepala katil tu. Adoyaii...anak Ibu nih..pagi2 lagi dah nak panjat kepala katil dah... pantang Ibu 'ajar' sekali.. mesti nak buat lagi.. Tapi mujur Ibu ajar dia berpaut di tengah2 kepala katil tuh.. tak de lah risau kalo2 terjatuh-kepala nak terhantuk dinding.

Ibu 2-3 hari ni tidur lambat, tunggu nak bersahur dulu sebelum tidur..sbb kalo tidur dulu.. sure tak sedar nak bangun sahur..dah banyak kali dah jadi!! puasa tak bersahur.. malam tadi pun jam 4 pagi baru tidur, tp entry baru blog tak sempat nak buat jgk...hihihi..dijangkiti penyakit M jugak ker?..sapa yg bagi penyakit ni kat Ibu nih...??

Pas puas dia bangun berdiri-lompat2-lepas tangan semua, Ibu ajak Dalila ke market area umah Ibu nih.. jalan kaki jer.. baru je pas beli bawang.. lori MPPP besar sampai -gaya nak mengangkut baran2g para penjual jer...dekat 10 org jugak lah yg ada turun dari lori tuh.. Ibu tgk semua dok kerumun nak mencabut satu papan tanda tiang kat kawasan market tuh.. punya lah ramai dtg..cuma nak cabut tiang sebesar betis tu jer.. (tp ada jgk peniaga yg kelihatan sedang tergesa2 kemas barang jualan time tuh...apek! lu tak de permit ker?...hehehe

Esok insyaallah kami nak balik kg Ibu...kat Jitra nun.. best2..mak pun dok call selalu citer banyak durian yg dah gugur nih..rambutan pun dah lama merah.. bila chek nak balik? best-best!! makan buah pokok sendiri. Kata mak..ayah Ibu sedang membina kandang kambing...ada org nak bagi ayah bela kambing 10 ekor..kata mak. Syukur lah..murah rezeki mak ayah Ibu..

sekadar hiasan

p/s: on the way kami balik kampung esok ...first timeIbu nak drive sendiri keta Abah ..hehehe..sure slow giler Ibu bawak nnt...Arifa dok kat Abah jgn nangis yer...jgn kacau Ibu nak pandu kereta :)

@ Fries Your Family!

sila klik pada gambar banner atas ni okey:)

Ada lagi satu giveaway yg agak mudah nak join... tak yah nak pening2 kepala nak fikir2 slogan.. (sedang dlm mode malas nak perah otak nih!) Just buat entry simple2 jer.. sebab pemilihan kata Wan Anis Sorfina -empunya blog/penganjur adalah melalui "random generator service from random.org" So, Ibu pun nak try jugak lah..tengok hadiah pun menarik..comey2 gitu..

Jom lah kita join..singgah ke blog Wan Anis Sorfina nih.

Tarikh tutup pada 14 Julai 2009 nnt..sempat lagi kalo kawan2 nak join.

saya nak menang...saya nak menang!!

saya nak

DADDY FRIES = Abah
MUMMY FRIES = Ibu
and
LIL PRINCESS FRIES = Arifa Dalila




Thursday, July 9, 2009

@ Nice Craft Giveaway

Teringin pulak nak join NICE CRAFT GIVEAWAY nih..bila terbaca dan terbayang hadiahnya tuh.. sebenarnya tgk contest ni kat blog cutemiut dan kak yong kelmarin.. terus terasa nak join jugak..so, kawan2 ku yg lain marilah kita join contest/giveaway ni jugak..manalah tahu REZEKI kita kali nih..

Jika menang, anda akan dapat 1 bath towel dan 2 face towel yg BERSULAM NAMA PEMENANG!!! ~~ ibu suke...ibu suke hadiah ni :)

Jadi tunggu apa lagi..meh la kita serbu
nice2craft.blogspot.com

untuk mengetahui syarat2 yg perlu dipenuhi terebih dahulu.

Tarikh akhir NICE CRAFT GIVEAWAY ni adalah pada 15 Julai 2009

dan nama pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2009

Wednesday, July 8, 2009

@ Cerita Dalila dah 9 bulan

Ketika entry ini ditulis, umur Arifa Dalila dah menjejak 9 bulan 1 minggu 4 hari. Sepatutnya Ibu akan tulis perkembangan Arifa bila usianya tepat 9 bulan aritu..cuma time tu Ibu sungguh buat2 buzy. Ni kire kebolehan/pencapaian Dalila sejak masuk 8 bulan sampai skrg (6 Julai 09)
  • sudah pandai menyebut 'abbah'..kadang2 je sebut 'abbuu' =ibu lah tuh! bila ibu ajar sebut "ibu" dia balas dgn sebutan "Abbah"

  • suka mengetuk2 2 mainan/benda yg dipegang. Paling selalu dia buat adalah ketuk blok dgn blok...best dengar bunyi "tik..tik..tik.." tu rasanyer kot..

  • Pada usia ni..mainan yg Dalila suka adalah blok-blok dan juga buku kecil Dalila.. rajin dia belek2 buku tu tau...serius Ibu suka bab ni!!

  • Sudah pandai merangkak...makin laju lah dia bila nak ke sesuatu arah/tujuan tuh..

  • Sudah pandai buat "bye..bye.." lambai sajer bila kita sebut "bye-bye" tuh..angkat tangan sambil goyang2 pd orang..

  • Gigi atas pun dah makin cepat nak kuar..dah 4 batang gigi atas. Dek kerana gigi bawah dah ada 2 btg..mmg rasa mcm "kena pisau" jer tiap2 kali nak lepaskan B dari mulut/gigi Dalila yg suka "bergantung" sebelum tidur. Bab kena gigit-tak sah cakap lah...terbeliak biji mata Ibu bila kena gigit tau..:P

  • Yang ni Ibu tak berapa suka....Ibu tak leh dengar ..rasa NGILU jer tiap2 kali.. Dalila suka gigit/ketip gigi sendiri....krip...kripp.. bunyi tuh...risau je gigi tumpuh tak sama nnt..apa yg Ibu buat....Ibu picit kuat2 pipi dia- kasi mulut dia terbuka-so, dia stop kejap ketip gigi dia tuh...eeee...tak tahan--Ibu ngilu!!

  • Dalila suka sgt cuba berdiri sendiri dengan memegang benda/Ibu. Paling selalu bila lepas menyusu (sambil baring-Ibu dlm mode baring lagi) dia akan berdiri sambil berpaut dgn kaki Ibu..lepas tu buat lah aksi2 "lepas tangan" yg mengecutkan perut Ibu...pernah sekali waktu Ibu mengantuk sangat, tp Dalila tak mau tidur selepas menyusu..dia sibuk nak panjat "berdiri" Ibu biarkan dia panjat pegang kepala katil sambil Ibu baring di tepi katil (nak elak dia terjatuh-sbb katil rapat dinding) so, Ibu leh lelap barang seminit dua-cukup lah utk buat hilang mengantukkan.

  • selain suka berdiri, dia suka melompat2 (lompat cara dia lah) terutamanya bila dapat berdiri atau bila ada org angkat bagi dia berdiri (kaki sentuh lantai). Tak yah tunggu lagu..sure terloncat2 seperti menari je aksi nih...lum sempat ambik video lg yg nih.

  • Dalila juga suka main laga-laga kepala (ala-ala sondol2 gitu) selalu dia buat kat Abah dia cam tu..Ibu lak dia selalu main geleng2 kepala...kelakar tgk dia buat geleng2 kepala dia nih.. cam nak tergolek jer tgk badan dia cubu menggeleng kepala tuh..

  • Yang ni paling BEST..tiap-tiap kali Dalila marah/tak puas hati... mulut dia mesti bising berleter..tata ..bubuu... ngem..ngemm.. gugu gaga cam tajuk drama Erra plak tergelak lah Ibu dan Abah dgr Dalila berleter...cara dia tu "bersungguh2 tau"..nak terang apa yg dia nak pada kami...tak henti2 "bercakap"..sayangnyer kami tak paham :(
senyuman dah banyak gigi sekarang!!


time ni gelak2 lah...time nak gosok gigi menagis segala bagai~~adoiii

close up sikit 4 btg gigi atas tu.




Tuesday, July 7, 2009

@ Hari menempek Award

Hari ni terasa nak menempek award pulak..makin bertangguh nnt risau makin bertimbun pulak... nnt tak ingat nak cari pulak..so, dari tgh hari td Ibu terjah blog kekawan Ibu, cari ade tak tersenarai nama Ibu dalam penerima2 award mereka itu.. Baiklah, mari kita mulakan menempek...
AWARD RIBON PINK ni dari kak AKMA, Kak ELIZA , Kak SUHAILA, UMMI KHAYRA dan Kak ZURAIWAN ~ terima kasih daun keladi yer :)

AWARD BLOGGER STAR dan I LOVE YOUR BLOG ni dari Kak ZURAIWAN ~ thanks yer Kak Zura


AWARD THE ROCKERS BLOG EVER, AI LEBIU, BLOG LOVE dan BEAUTIFUL GIRLS ni dari UMMIEISYA dan UMMISALSABILA~ thank you yer geng!!..peace..

AWARD NENO'S ni dari Kak AZZUL/ kak liza ~ Terima kasih yer kak :) sedap kopi tu!!

AWARD I LOVE YOUR BLOG ni dari kak NADYE dan UMMIEISYA~ thanks yer kak Nadye dan Fara:)

AWARD THANK YOU dan LOVE YOUR BLOG ni dari MAMA AQISH~ thanks Mama Aqish.. :)

AWARD 2009 FRIENDLY BLOGGER ni dari KAK C-IDAH. ~ Terima kasih..harap perkenalan kita berterusan sampai bila2 yer..



p/s: jika ader nama2 atau award2 yg tertinggal..sila bgtau yer:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...